CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2801|Reply: 0

Resepi Cara Masak Mee Hailam (Sedap!

[Copy link]
Post time 24-7-2015 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia mempunyai pelbagai jenis mee, dan ada di antaranya makanan budaya luar negara. Namun pada hari ini kita akan belajar cara memasak mee hailam yang sememangnya antara pilihan yang paling sedap untuk dinikmati. Resepi Mee Hailam.







Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara
  • Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  • Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  • Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  • Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  • Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.
Melayukini.net – Jangan terlalu banyak memasukkan air untuk mengelakkan kuah hailam menjadi terlalu cair.
Sumber: My Resepi |
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.045196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list