Dahlama rasanya tak masak kuah dhal. Kebetulan hari sabtu tu ada panaskan rotiparatha buat sarapan , aku buat sekali kuah dhal dengan sambal ikan bilissebagai pencicah.
Bahan-bahan untuk memasak kuah dhal
(Bahan A)_
1)200gm genggam kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
2)sebiji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu
3)1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4)1/2 sudu besar rempah kari
5)garam secukup rasa
(Bahan B)
1)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
2)1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
3)Setangkai daun kari
4)1 cm halia-dimayang
Bahan B ditumis sehingga naik bau dan layu
Cara memasak1)Rebus kacang dhal sampai empuk2)Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati3)Masukkan terung dadu dan carrot dadu4)Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)5)Dalam kuali , (tumis bahan B) sehingga naik bau.Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.
Kuah dhal sedia untuk dicicah dengan roti paratha jenama kawan
Kuah dhal mesti ada sambal baru best.Aku buat sambal ikan bilis untuk dijudukan bersama kuah dhal
Roti paratha jenama kawan hanya keluarkan dari peti sejuk dan panaskan atas kualidengan membalik-balikkannya dua-tiga minit dengan api yang sederhana sehingga garing.
Gabungan kuah dhal dan sambal ikan bilis .
iniblogcikinadodocheng.blogspot.
|