View: 4891|Reply: 1
|
5 Asam Pedas Melaka Paling Sedap Patut Terjah Di Melaka
[Copy link]
|
|
Asam pedas sememangnya tidak asing di Melaka. Aroma yang harum dan ikan-ikan yang segar menyebabkan ianya satu kombinasi lembut kepedasan yang tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila menyapa di mulut pasti membuat semua orang terliur apabila teringat aknnya.Keenakkan dan rasa setiap masakan asam pedas Melaka untuk gerai yang menjualnya biasanya lain. Pasti ada bahan rahsia yang diletakkan untuk membuatkan ianya unik dan sedap dimakan.Cili atau bahan-bahan yang digunakan sangat memainkan peranan dalam penghasilan sesuatu masakan asam pedas yang ‘marvelous’.
Asam pedas Melaka memang menu wajib dicari apabila anda berada di Melaka. Di sini kami kongsikan beberapa restoran atau gerai yang wajib anda terjah jika ingin mencari asam pedas yang terbaik.
Asam pedas ini bukan disusun secara ranking kerana kami takut ianya adalah berat sebelah. Walaubagaimanapun inilah barisan kedai/gerai asam pedas yang patut anda terjah jika anda bercadang mencari asam pedas melaka paling sedap di Melaka.
#1 Asam Pedas ClaypotJalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Malacca, Melaka, Malaysia
#2 Asam Pedas Pasar BorongTaman Merdeka, 75350 Malacca, Melaka, Malaysia
#3 Asam Pedas Pak ManJalan Ujong Pasir, Melaka, Malaysia
#4 Asam Pedas MalinjaKg Musai, Malacca, Melaka, Malaysia
#5 Asam Pedas Selera KampungMahkota Square (G2), 75450 Malacca, Melaka, Malaysia
Rasa-rasanya, yang manakah menjadi pilihan anda? Ataupun ranking anda tidak sama seperti kami? Mohon kongsikan supaya kami dapat terjahnya pasa masa akan datang.
saji.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Asam Pedas Pasar BorongTaman Merdeka memang best |
|
|
|
|
|
|
| |
|