CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5222|Reply: 9

Brownies Coklat “Kedut”

[Copy link]
Post time 27-8-2015 07:02 PM | Show all posts |Read mode

Anda peminat hidangan manis? Nah, kami kongsikan resepi enak ini, Brownies Coklat “Kedut” yang harus anda cuba.
Bahan-Bahan
400 g coklat kompound (dipotong kasar)
150 g mentega
100 g gula perang
100 g gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 g tepung naik sendiri*
30 g serbuk koko*
*satukan dan ayak
Cara-Cara Penyediaan
  • Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah ‘double boiler’. Tutup api dan angkat.
  • Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  • Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  • Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  • Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  • Tuang dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160°C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  • Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  • Keluarkan dan potong mengikut citarasa anda.
Nota:
  • Jika mahu buat separuh adunan, gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
  • Boleh juga guna tepung gandum, cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
  • Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Boleh juga ditambah kekacang 100 g jika suka.
baca-blogspot




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka3. Boleh try.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 03:51 PM | Show all posts
saya dh cuba...mmg menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:02 PM | Show all posts
brownies ni mmg sedap

nak buat pun senang

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:55 AM | Show all posts
harus ku mencuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 06:03 PM | Show all posts
mcm sedap tp xreti nk buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2016 11:14 AM | Show all posts
manis sgt tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Brownieslagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2016 05:44 PM | Show all posts
hari tu dah try buat.. luar cantik, kedut bagai tapi bahagian tengah masih cair.. dah macam chocolate lava..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tnya pd yg pakar..selain double boiled coklat dgn butter,kita bleh guna microwave kan?

Boleh campur skali coklat n butter dlm 1 bekas atau letak dlm bekas asing klu nk cairkan guna microwave?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052038 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list