CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 0

Mengenal Alat Kontraseptif

[Copy link]
Post time 17-9-2015 12:43 PM | Show all posts |Read mode


        Menggunakan alat kontraseptif untuk merancang kehamilan adalah perkara biasa bagi mereka yang mengamalkan perancangan keluarga. Namun, adakalanya kita bingung apakah kaedah kontraseptif yang sesuai dengan diri kita. Apa kata kita mengenali terlebih dahulu alat perancang keluarga yang ada di pasaran.
        Alat kontraseptif adalah alat yang berkesan untuk merancang dan menjarakkan kehamilan selain menjaga kesihatan reproduksi wanita. Oleh itu sangat penting untuk anda mengenal pasti terlebih dahulu apakah alat kontraseptif yang sesuai untuk anda.
        Alat kontraseptif hormon
        Alat ini dimasukkan ke dalam badan dan akan memberi kesan dalam sistem hormon. Ia mengandungi hormon estrogen, progestin atau campuran keduanya. Alat kontraseptif hormon termasuklah suntikan, pil dan implanon. Untuk suntikan dan pil, ibu perlu mengikut jadual yang rutin bagi memastikan ia berkesan kepada diri mereka.

        Alat kontraseptif dalam rahim
        Ia juga dikenali sebagai IUCD (Intrauterine Contraceptive Device). Alat ini tidak melibatkan hormone dalam badan ibu, jadi ia tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Penggunaannya juga untuk jangka masa panjang antara tiga hingga lima tahun. Kesan sampingannya juga sangat minima kepada ibu.

        Ikat saluran peranakan
        Doktor biasanya menasihatkan ibu yang sudah berusia dan sudah cukup anak untuk melalui prosedur mengikat saluran peranakan bagi perancangan kehamilan. Prosedur ini melibatkan pemotongan tiub atau saluran yang berfungsi sebagai laluan sel telur ke dalam rahim. Bagaimanapun proses ini  bukan paksaan kepada semua ibu.

        Sebaiknya ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sakit puan sebelum membuat keputusan memilih kaedah perancangan keluarga. Bagaimanapun semua kaedah perancangan adalah baik dan berkesan merancang kehamilan walaupun tidak 100 peratus keberkesanannya.

pama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.108186 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list