CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3295|Reply: 4

Mamee Jonker House: Mesti Singgah Andai Ke Jonker Street Melaka

[Copy link]
Post time 4-11-2015 10:24 PM | Show all posts |Read mode


Sebut saja Mamee, pasti semua peringkat usia tahu akan jenama itu yang mempunyai pelbagai rangkaian produk termasuklah aneka mi. Demi untuk mendekati para pelanggan secara langsung, Mamee telah membuka restoran pertama di bawah jenama tersebut yang terletak di Jonker Street Melaka.

Mamee Jonker Street House telah dibuka setahun yang lalu dan yang pertama di Malaysia. Menurut Pengurus Operasi Mamee Jonker House, Steven Low, walau pun baru sahaja dibuka setahun yang lalu, namun sambutan hangat diterima daripada para pelanggan.

“Setakat ini, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kami tidak menang tangan melayan para pelanggan terutama ketika musim cuti persekolahan dan hari minggu.”

Kepada pengunjung yang beragama Islam, tidak perlu lagi risau untuk menikmati makanan kerana ia merupakan satu-satunya restoran yang mendapat pengiktirafan halal di Jonker Walk. Setiap hidangan boleh dinikmati tanpa was-was. Tambahan pula, Mamee Jonker House turut memenangi Anugerah Naib Johan Premis Makanan Terbersih di Melaka dan anugerah telah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka.



Jadi Ikon Tarikan Pelancong

Sebagai salah satu lokasi yang menjadi  tarikan utama para pelancong di Bandar Melaka, Mamee Jonker House juga tak terkecuali menerima kunjungan daripada para pelancong dari dalam dan luar negara yang singgah untuk menikmati hidangan di sini.

“Selain pelanggan tempatan, ramai pelanggan kami terdiri daripada para pelancong dari luar negara terutama dari Australia, Hong Kong, China dan Singapura. Malah, sebenarnya jenama Mamee sudah dikenali ramai di seluruh dunia,” ujar Steven.

“Di Australia misalnya, sejak tahun 70-an dahulu lagi masyarakat di sana sudah kenal dengan jenama Mamee. Jadi, apabila melihat kami membuka restoran, mereka tidak ragu-ragu untuk masuk menikmati hidangan yang kami sediakan kerana percaya dengan jenama yang kami telah bina. Kami juga ada menyediakan pakej khas untuk para pelancong. Mereka akan di bawa melawat ke kilang Mamee dan selepas itu menikmati hidangan di Mamee Jonker House.”

Mamee Jonker House menyediakan 10 jenis menu makanan dan 20 jenis minuman. Antara hidangan yang paling digemari ramai ialah Bebola Nasi Ayam Hainan, Laksa Kari Mamee Chef, Mi Goreng Mamak Mamee dan Nasi Lemak.



Restoran Tumpuan Kanak-Kanak

“Pelanggan-pelanggan yang datang adalah terdiri daripada pelbagai peringkat usia malah ramai yang datang bersama keluarga termasuk anak kecil. Sebab itu dekorasi dinding restoran juga warna-warni dan ceria kerana ia menjadi tarikan untuk kanak-kanak. Seolah-olah mereka berada di ‘fun house’.”

Di tingkat atas Mamee Jonker House turut diadakan aktiviti Lil Monster Kitchen dan Noodle Doodle. Program Lil Monster Kitchen misalnya memberikan pengalaman buat kanak-kanak berusia enam tahun dan ke atas diajar untuk membuat mi bermula dengan proses uli tepung. Maka, setiap ahli keluarga dapat melakukan aktiviti bersama-sama di samping menikmati hidangan lazat yang berasaskan produk premium keluaran Mamee.

Sekiranya berkunjung ke Jonker Street Melaka, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Mamee Jonker House. Selain menikmati hidangan yang lazat, pengunjung juga boleh membeli produk terpilih Mamee dan cenderahati seperti t-shirt dan barangan ekslusif Mamee.

Mamee Jonker House
No 46 & 48, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 75200 Melaka.
remaja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 10:35 AM | Show all posts
tak pernah lagi sampai melaka... akan pergi jugak nanti... mcm best je
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 03:37 PM | Show all posts
macam best je, bolehlah pergi sana nantii
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 03:38 PM | Show all posts
mesti singgah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 05:13 PM | Show all posts
ish bestnya...tatau pulak ada resto konsep mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.324896 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list