CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10747|Reply: 6

[Jenayah] Pasukan khas ditubuh kesan banduan larikan diri. Sila lapor kepada polis jika terlihat lelaki ini

[Copy link]
Post time 20-9-2024 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan khas ditubuh kesan banduan larikan diri
Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
19 September 2024, 9:59 pm

Kalai Kumar.

PETALING JAYA – Jabatan Penjara menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Penjara berkata, banduan reman tersebut melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan pada pukul 3.30 petang.

“Sehingga kini, usaha pencarian sedang dipergiat dan diluaskan ke kawasan lain. Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, jabatan ini tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu mencurigakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh dilaporkan telah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek yang juga penama Kalai Kumar Anandan, 27, didapati tiada di katilnya dan disyaki telah melarikan diri dari hospital.

Suspek mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kesalahan jenayah (empat) dan narkotik (empat). -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana buleh lari ye bukan tangan banduan ni sentiasa digari di kepala katil sekali ke dan ada polis dok jaga sekali

Lagi satu, kenapa mata beliau tengok ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 20-9-2024 09:08 AM
Macam mana buleh lari ye bukan tangan banduan ni sentiasa digari di kepala katil sekali ke dan ada p ...

Terfikir benda yg sama. Macam mana boleh lari dan kenapa mata dia tgk atas? Seram
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gari rosak ni pastu nyorok sempat tukar baju keluar hospital. tah aku terbayang filem tamil.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Woi jgn buat main banduan terlepas. Nant org yg x berdosa jd mangsa. Bnyk plk Kes banduan terlepas kat msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 20-9-2024 09:31 AM
Gari rosak ni pastu nyorok sempat tukar baju keluar hospital. tah aku terbayang filem tamil.

prison break tamil eelam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2024 10:24 AM | Show all posts
mcm terlepas biawak liar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049833 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list