CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 1

Mak-mak Cukup Suka 5 Petua Orang Lama Ini

[Copy link]
Post time 13-11-2015 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Betul ke perempuan sekarang masak tak sama dengan cara orang dulu-dulu? Itu kita kena semak diri sendiri, bukan tilik orang lain, ya. Macam mana pun kali kini anda boleh curi rahsia orang lama dulu dengan 5 petua ini. Jom, semak!

1. Bersihkan sotong
Masukkan sotong dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Kemudian anda akan mendapati bahawa kulit sotong menjadi lekang dan senang dicuci serta baunya juga hilang. Atau boleh juga merendamkan surat khabar lama bersama-sama sotong. Kemudian, ramas surat khabar pada badan sotong. Pasti kulitnya mudah keluar dan sedia  dicuci.

2. Pilih nanas
Pilih nanas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol. Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik - bintik putih.

3. Kekalkan sedap ikan beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.

4. Hindari bau busuk kulit udang
Siramkan kulit udang dengan air panas. Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.

5. Cara simpan rempah
Simpan rempah kering berbentuk butiran atau serbuk dalam bekas tertutup dan tidak terkena cahaya matahari. Rempah kering boleh disimpan dan tahan selama setahun. Jika lebih, cita rasa rempah akan berkurang malah ada yang hilang rasa terus.
mingguanwanita


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 08:12 AM | Show all posts
baru tau ni tq...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.041636 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list