CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7026|Reply: 5

6 LOKASI SESI HIGH-TEA YANG MEMUKAU SERTA MENYELERAKAN!

[Copy link]
Post time 13-11-2015 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Dah bosan asyik menikmati goreng pisang, kuih cakoi dan kopi O sebagai menu minum petang anda? Apa kata jikalau kali ini anda mencuba sesuatu yang lain, mencuba menu minum petang ala barat pula? Di sini, Wanista ingin kongsi 6 lokasi paling seronok untuk sesi high tea sekitar kota raya Kuala Lumpur.
Selain daripada untuk acara santai minum petang, anda juga mungkion boleh membuat kejutan buat yang tersayang dengan membawanya hadir ke tempat minum petang yang mewah. Apa salahnya sekali-sekala kan. Hintuntuk para boyfriend dan suami diluar sana!
Ke mana kita ni?!
#1 The Majestic Hotel
Seperti juga namanya yang kedengaran berprestij, Majestic Hotel menawarkan acara sesi minum petang yang sama hebatnya. Hidangan dipersembahkan diatas dulang bertingkat yang mewah dan menawan. Pengunjung boleh memilih untuk manikmati minum petang di tiga lokasi pilihan termasuk Colonial Cafe, The Drawing Room dan yang sering menjadi buah mulut orang ramai adalah The Orkid Conservatory. Bagai sedang menikmati teh dan kuih muih dalam rumah hijau yang dipenuhi orkid mewangi gitu!
Foto -farm6.staticflickr.comFoto -www.larkieatlarge.com
Lokasi: The Majestic Hotel, 5 jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: 3.00pm – 6.30pm setiap hari
#2 Carcosa Seri Negara
Permata yang tersembunyi diatas bukit ini menghadap kearah sebuah taman yang indah lagi nyaman! Jauh dari hingar-bingar kesibukan kota raya, Carcosa telah ditubuhkan sejak tahun 1897 dan dimiliki oleh Sir Frank Swettenham manakala Seri Negara dikenali sebagai rumah raja.
Ternyata kedua-dua buah rumah agam berkenaan kini telah disatukan menjadi sebuah hotel dan lokasi penginapan mewah. Bayangkan jika anda menikmati sesi minum petang high tea di situ, pasti layanan yang diberikan juga seolah anda golongan bangsawan dan raja-raja dahulu kala!
Foto -www.theweddingnotebook.comFoto -4.bp.blogspot.com
Lokasi: Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Beroperasi: 3.00pm – 6.00pm setia hari
#3 Thirty8
Tidak hanya sekadar menyediakan menu teh biasa, pengunjung yang datang berpeluang untuk menikmati kek pilihan yang terkenal di Thirth8.
Asal usul nama Thirty8 itu sendiri diambil berdasarkan lokasi Grand Hyatt yang berada di tingkat 38 KLCC. Oleh itu, jika anda seorang yang gayat, and mungkin mahu berkira-kira untuk membawa teman yang bisa menenangkan diri anda yang fobia kepada ketinggian itu.
Foto -3.bp.blogspot.comFoto -theyumlist.blogspot.com
Lokasi: Grand Hyatt, 12, jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: 3.00pm -5.00pm
#4 Lounge On The Park
LOTP terletak di dalam bangunan Mandarin Oriental bersebelahan dengan KLCC. LOTP menawarkan set hidangan minum petang yang unggul diberi nama “The Royal English Afternoon Tea.” Kuih-muih ala Inggeris yang disajikan adalah termasuk scones, tart buah, kek cheese marbled, kek Dundee, sandwich, macaroon lemon, Madeleine Oren, Raspberry Mile Feuille dan Cambridge Burnt Cream.
Semuanya sedap-sedap belaka!
Foto -www.lifestyleasia.com
Lokasi: Mandarin Oriental, Kuala Lumpur City Centre, 5088 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 3.00pm – 5.00pm
#5 The Lobby Lounge
Foto -www.smallnhot.com
Terletak dalam hotel mewah Ritz Carlton di bandar Kuala Lumpur, segenap ruang khas untuk minum petang dilengkapi dengan gaya hiasan dalaman era Inggeris klasik yang pasti buat anda kagum. Penggunaan kertas dinding vintage serta perabut kayu yang diguna-pakai akan bisa menerapkan keselesaan buat mereka yang leka menikmati scones dan menghirup teh.
Lokasi: Ritz Carlton, 168, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 3.00pm – 5.00pm
#6 Newens Tea House
Foto -www.lifestyleasia.com
Resepi rahsia turun-temurun dari era kerabat diraja Henry VIII England dari tahun 1509-1547, setiap ramuan diadun sebati oleh si pembuat pastri permaisuri.
Suatu hari Raja King Henry VIII terlihat isterinya, permaisuri Anne Boleyn sedang menikmati sejenis pastri berinti telur bersama tukang pembuat pastri diatas pinggan perak. Beliau yang terkesima mencuba satu, lalu jatuh cinta keatas pastri berkenaan sehingga sanggup menyembunyikan resepi pastri berkenaan didalam peti besi di Istana Richmond.
Ha! Jika anda berangan untuk menikmati rasa keenakan pastri berkrim yang digila-gilakan oleh King Henry VIII itu, silalah berkunjung ke Newens Tea House. Aura yang berada sekeliling juga adalah seolah berada di syurga! Anda pasti bergembira!
Foto -www.rebeccasaw.comFoto -www.rebeccasaw.com
Lokasi: Indulge Floor, Satrhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Beroperasi: 10am – 11pm setiap hari
Selamat Mengeteh Kawan-Kawan! Sambil minum-minum tu ingat-ingatlah Wanista ya!

wanista

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 03:40 PM | Show all posts
mesti mahal satu set ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 04:47 PM | Show all posts
kalo letak harga sekali lagi menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 05:55 PM | Show all posts
carcosa definitely ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 12:41 PM | Show all posts
mcm mahal jer ni....
ushar kat groupon le.. kot2 ade yg murah.. hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.172477 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list