View: 1725|Reply: 0
|
Ibu, Sebelum Bersalin Elok Amal 17 Tip Ini!
[Copy link]
|
|

Bagi ibu muda, macam-macam rasa dan emosi bila dah sampai waktu nak bersalin. Itu belum lagi dengar cerita orang lain. Tapi sebenarnya pengalaman bersalin tak sama, kalau mudah itu dikira rezeki anda. Untuk tenangkan fikiran, apa kata kalau anda amalkan beberapa petua ini sebelum sampai masa...
1. Dua minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
2. Kalau mula sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin supaya laluan cepat terbuka.
4. Rebus epal hijau kemudian makan masa sedang sakit contraction.
5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin.
6. Masa di labour room, banyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
7. Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin. Orang tua-tua kata, nanti kulit bayi pun bersih.
8. Makan kurma dalam bilangan ganjil.
9. Banyakkan berjalan dan naik tangga, cukup elok untuk senaman sebelum bayi keluar.
10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir jadi senang melahirkan anak.
11. Untuk senaman, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
12. Masa proses meneran, baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran untuk elak koyak teruk.
13. Lebih elok amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan laju-laju.
15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.
16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka sewaktu kandungan 37 minggu.
17. Air selusuh paling mujarab, lebih afdhal kalau suami sendiri yang buat.
Moga info ini bermanfaat untuk ibu muda yang bakal melahirkan anak pertama.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|