Bahan-bahan 1 mangkuk kecil kimchi Semangkuk ayam atau daging 2 ulas bawang putih (hiris) 2 biji cili hijau (hiris) 2 biji cili merah (hiris) ½ sudu besar serbuk daging (diimport dari Korea) – boleh digantikan dengan pati ayam Sedikit lada putih Gula Ajinomoto 1 sudu besar cili kasar 1 sudu besar cili halus 2 sudu besar cuka 1 mangkuk air 1 keping tauhu Suhun Cendawan enoki Daun bawang Cara-cara - Masukkan kimchi, bawang dan cili ke dalam periuk
- Selepas mendidih, masukkan ayam atau daging
- Masukkan serbuk daging, lada putih, cili kasar, cili halus, gula, ajinomoto, cuka dan air
- Kacau rata. Kemudian masukkan suhun dan tauhu.
- Biarkan mendidih dan baru masukkan cendawan enoki.
- Taburkan daun bawang sebagai hiasan
- Siap untuk dihidang. Sedap dimakan bersama nasi putih.
sajionline
|