Sajian mi ala Cina memang enak dan menyelerakan. Selain mudah disediakan, ia juga hidangan menyihatkan. Cubalah resipi ini dan nikmatilah keenakannya yang pasti mampu menambat selera seisi keluarga. Bahan-bahan: - 1 keping mi wantan
- 200 gm kekapis kering
- ½ bungkus cendawan enoki
- 50 gm tauge
- 1 cawan stok ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk perasa
- ½ sudu makan kicap
- 400 ml air
Cara menyediakan: - Celur mi wantan dan kekapis sehingga lembut. Angkat dan tuskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan ketepikan.
- Celur tauge dan ketepikan.
- Didihkan stok ayam, masukkan cendawan enoki, sos tiram, kicap dan serbuk perasa.
- Akhir sekali, masukkan wantan, kekapis dan tauge. Sedia untuk dimakan.
sajionline
|