CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 1

SALAD ISI KETAM DENGAN AVOCADO

[Copy link]
Post time 25-11-2015 09:16 PM | Show all posts |Read mode

SEBUT saja seafood, pasti terbayang keenakan aneka hidangan laut berasaskan ikan, udang, ketam, sotong dan sebagainya. Pasti ramai yang menggemari keenakan dan kemanisan rasanya tidak kiralah dengan apa jua jenis masakan.
Chef-chef muda dari Hotel Equatorial Bangi telah mempamerkan kehebatan mereka melalui menu masakan berasaskan makanan laut ala barat khas buat pembaca SAJI Online iaitu Salad Isi Ketam Dengan Avocado. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
  • 250 gm isi ketam
  • 30 gm bawang merah (di cincang)
  • 30 gm bawang putih (di cincang)
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 5 tangkai daun thymes
  • 1 biji lemon
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji avocado
  • 6 batang asparagus (dicelur)
  • 6 batang kacang buncis (dicelur)
  • 1 biji tomato
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya:
  • Panaskan kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ketam, daun ketumbar dan daun thymes. Tambahkan jus lemon, garam dan lada hitam secukupnya. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.
  • Belah buah avocado menjadi empat bahagian dan hiriskan.
  • Susunkan asparagus, buah avocado dan kacang buncis yang telah dicelur di atas tomato.
  • Bentukan isi ketam yang telah dimasak dan letakkan di atas susunan tadi.
  • Setelah siap, hidangkan ia bersama sedikit herba campur.
sajionline


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 08:57 AM | Show all posts
sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.344188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list