CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 0

KUIH PENERAM

[Copy link]
Post time 25-11-2015 09:18 PM | Show all posts |Read mode


Hidangan kuih muih tradisi bagaikan satu kemestian biarpun banyak juadah moden mengaburi mata. Selain enak, kuih muih tradisi biasanya lebih menyihatkan di samping kos membuatnya jauh lebih menjimatkan. Bagi yang ingin mencuba anda boleh menyediakan sendiri resipi enak dan tidak ketinggalan dek zaman ini.
Bahan-Bahan:
1 kg tepung beras
½ kg gula merah
2 liter gula melaka
½ sudu teh air kapur
½ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan di dalam satu bekas. Biarkan ia selama 30 minit.
2.Bentukkan adunan seperti bentuk gelang dengan saiz mengikut cita rasa. Pastikan ia tidak terlalu besar dan lebarkan sedikit bentuknya.
3.Goreng di atas api yang sederhana besarnya, angkat dan tos kan apabila sudah masak.
**Tip: Jangan goreng terlalu lama untuk mengelakkan kuih peneram menjadi keras.
sajionline

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.111763 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list