|
Kalau anda rasa anda ada mempunyai lebihan roti yang tak habis dimakan, apa kata daripada buang roti tersebut, anda jadikan ia kuih manis yang pastinya digemari oleh anak-anak dan juga pasangan. Sayang kan, roti yang dibeli tak di tambah baik jadikan sesuatu yang boleh membuka selera:
Bahan-bahan :
8-10 keping roti putih
400 ml santan
1 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan /pewarna hijau daun pandan.
3 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara penyediaan:-
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan pemukul.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. -CARI Infonet. |
|