CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3804|Reply: 0

# Bina Kehidupan Sederhana Lepas Kahwin

[Copy link]
Post time 27-11-2015 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Setiap pasangan berkahwin mempunyai impian membina rumah tangga yang serba lengkap iaitu ada rumah, kereta dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat mencapai impian hidup mewah dan senang selepas berkahwin.
       
        Ini kerana sebelum berkahwin mereka sudah membelanjakan wang yang agak banyak untuk beberapa majlis. Umpamanya bermula dari majlis pertunangan sehingga perkahwinan. Hutang yang terbeban oleh pasangan yang baru berkahwin memang banyak. Justeru bagi yang bijak mereka akan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan dan mengamalkan hidup sederhana bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga dan mengelak konflik suami isteri kerana masalah kewangan.
       
        Berikut adalah tip untuk mengamalkan hidup sederhana bagi pasangan yang baru berkahwin.
       
        1.Jika belum mampu membeli rumah sendiri, sewa rumah yang mampu dibayar. Biar tidak besar asal selesa dan dapat dijadikan tempat tinggal buat sementara selagi belum mampu memiliki rumah sendiri. Tinggal sendiri boleh mengajar pasangan tentang ilmu berumah tangga kerana apabila sudah tinggal berasingan dari keluarga mereka perlu lebih bijak merancang kehidupan.
       
        2.Membeli keperluan asas dalam rumah tangga, seperti set dapur, pinggan mangkuk, sudu garpu senduk, seterika dan sebagainya serta set bilik tidur dan keperluan harian yang bersesuaian dengan harga yang mampu dibayar. Buat sementara waktu beli yang tidak terlalu mahal harganya.
       
        3.Kenderaan amat penting sebagai pengangkutan ke tempat kerja atau balik kampung. Jika ada duit simpanan boleh membeli motor untuk memudahkan perjalanan suami isteri ke tempat kerja atau membeli kereta yang kecil dan murah untuk kegunaan suami isteri. Jika tidak mampu naik kenderaan awam sahaja ia lebih menjimatkan kos hidup.
       
        4.Masak di rumah dan tidak membazir dengan membeli makanan yang mahal dan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. Memasak di rumah bukan sahaja menjimatkan malah mengeratkan hubungan suami isteri. Kata orang tua, air tangan isteri akan membuatkan suami akan sentiasa mengingati isterinya.
       
        5.Jangan membeli barang yang tidak perlu seperti hiasan rumah yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan. Berbelanja hanya bila perlu sahaja.
       
        6.Sentiasa mengamalkan konsep bersyukur dan tidak tamak serta iri hati melihat apa yang orang lain ada. Misalnya melihat orang lain membeli baju, tudung, kasut dan barangan berjenama, kita juga mahu yang sama. Memadai dengan barangan biasa yang boleh dipakai dan tahan lama.
       
        7.Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ikut kemampuan diri dan sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan. Jika ada wang lebih menabung sedikit demi sedikit.
       
        8.Dari awal perkahwinan jika sudah mengamalkan gaya hidup sederhana ia akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Walaupun mungkin ada yang mampu hidup mewah selepas berkahwin, buang rasa sombong dan ego serta sentiasa mendidik anak-anak dalam suasana kehidupan yang sederhana bagi mendidik jiwa mereka menjadi mulia.
       
        Kesimpulannya, memulakan kehidupan berumah tangga dengan cara hidup sederhana amat dituntut dalam agama. Mereka juga dapat menghayati konsep bersyukur dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.248309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list