Bebola Colat.Jom cuba resepi Biskut Marie Bebola Coklat hari ini juga!
Selalunya Biskut Marie digunakan untuk buat kek batik, tetapi hari ini kita akan buat bebola coklat menggunakan Biskut Marie. Mungkin anda boleh mengubah suai marie bebola coklat ini sebagai cenderahati mengikut kreativiti, sebagai hiasan di candy buffet semasa hari perkahwinananda atau sebagainya. Ia boleh diubah mengikut hiasan yang anda letak atau salutan coklat yang dipelbagaikan.
Bahan-bahan membuat Biskut Marie Bebola Coklat adalah: - Biskut Marie
- Jem Blueberry
- Coklat Masakan
- 1 cawan kecil Susu segar
- Coklat urai berwarna warni, kekacang atau sebagainya
Caranya: - Hancurkan biskut marie di dalam mangkuk.
- Masak coklat itu dengan cara ‘double boiling’ .
- Masukkan coklat masakan ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie dan campurkan jem strawberi.
- Campurkan susu segar dan gaulkan hingga sebati.
- Selepas itu, bentukkan bulat-bulat sebesar bola pingpong.
- Salutkan dengan coklat urai dan sebagainya.
- Hidangkan untuk minum petang anda.
** Teknik double boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat tanpa mengubah dari segi rasa dan warnanya. Selalunya teknik ini menggunakan periuk khas bertingkat yang boleh dibeli di kedai peralatan masakan/dapur.Periuk ini selain digunakan untuk mencairkan coklat boleh juga digunakan untuk membuat kaya atau kastad sos.
http://www.wom.my
|