CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5550|Reply: 1

Ikan Keli Penyet

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:31 PM | Show all posts |Read mode

Ikan keli mempunyai rasa garing dan sedap sehingga membuatkan ramai yang gemar menikmatinya.
Selain daripada ikan siakap,ikan kembungdan ikan pari bakar, Ikan keli adalah ikan air tawar yang memiliki rupa dan bentuk yang sangat unik serta banyak ‘diternak’. Harganya masih dianggap murah dan ramai yang menggemari ikan ini.
Untuk menikmati rasa yang lebih ‘ummphh’ apabila dimasak, anda perlu membersihkan ikan keli ini dengan  sebaik mungkin untuk menghilangkan lendir serta rasa hanyirnya. Sebaiknya, lumur ikan keli dengan air limau kasturi. Kemudian cuci ikan sehingga bersih dan hilang lendirnya.
Ikan keli boleh dihidangkan dengan pelbagai menu masakan, salah satunya  Ikan Keli Penyet. Ia sedap dimakan bersama nasi putih dan pelengkapnya iaitu tomato, mentimun, kubis ataupun dengan daun kemangi, tauhu goreng serta sambalnya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 ekor ikan keli sederhana besar
Minyak untuk meggoreng
1 ulas bawang putih-dikisar
4 cm kunyit hidup-dikisar
1/2 sudu garam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Cara Membuat Resepi Ikan Keli Penyet adalah seperti berikut :
1.Ikan keli yang sudah dibersihkan, dilumuri kunyit hidup dan bawang putih yang sudah dikisar.
2.Kemudian masukkan garam dan serbuk ketumbar, gaul sehingga sebati.
3.Perap selama 20 minit supaya bahan-bahan tadi meresap.
4.Panaskan minyak untuk menggoreng (pastikan anda menggunakan minayak yang banyak) , dan goreng ikan tersebut dengan api yang sederhana sehingga ikan tersebut masak, angkat dan toskan. Ketepikan.
Bahan yang diperlukan untuk membuat Sambal Ikan Keli Penyet:
4 biji cili besar berwarna merah
15 biji cili padi
Sebiji tomato
1 biji bawang merah
2 sudu besar gula Melaka
1 sudu the garam
1 perahan air limau kasturi
2cm belacan (jika suka)
Cara Membuatnya:
1.Rebus cili-cili tersebut bersama tomato dan bawang merah sehingga masak.
2.Toskan dan biarkan sejuk.
3. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam alat pengisar( blender), lalu ditambah gula Melaka, garam  dan belacan serta perahan air limau kasturi.
4. Apabila sudah siap, masukkan sedikit minyak dan sambal tersebut.
5. Tambahkan sedikit air, dan masak sampai salam tersebut tadi pekat.
6.Jika sudah cukup rasa semuanya, bolehlah tutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, ikan keli dan juga sayur-suyuran yang sudah anda pilih bagi pelengkap Resepi Ikan Keli Penyet.
Kredit foto kepada ariyahidayat


http://www.wom.my/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 02:07 PM | Show all posts
Baru jer bis makan pece lele tgh ari td. Nyum nyum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.662470 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list