Bangkit Cheese yang mencair di mulut dengan penuh keenakan? Ternyata kuih tradisional sejak zaman berzaman ini tidak pernah mati. Apa yang menariknya, kini begitu banyak teknik membuatnya. Bahkan pelbagai bentuk dan variasi rasanya. Ada yang berbentuk bunga, bulat dan panjang. Bagi anda yang menyukai kuih ini, pasti sedar kuih Bangkit Cheese cukup mendapat perhatian pada Hari Raya yang lalu. Rasanya yang manis, lemak dan ranggup itu membuatkan ada yang jadi ketagih untuk mengunyahnya! Berikut Resepi Bangkit Cheese Cair Di Mulut Bahan-bahan yang diperlukan: 150gram margarine 400 gram tepung sagu – disanggai selama 10 minit 100 gram gula aising 100 gram keju cheedar – diparut 1 biji telur 30 gram susu tepung 75 gram santan pekat 1/2sudu kecil garam
Cara Membuatnya: 1. Campurkan margarine, gula halus dan garam. 2. Pukul ke semua bahan tersebut sehingga sebati dan kembang hingga kembang. 3. Kemudian masukkan telur dan santan, gaul sehingga sebati. 4. Masukan keju dan kacau rata. 5. Tambahkan tepung sagu dan susu tepung, kacau sehingga rata. 6. Kemudian bolehlah masukkan ke dalam plastik segita dan potong hujungnya. 7. Picit adunan tersebut mengikut bentuk yang anda sukai di atas loyang. 8. Agar kelihatan lebih menarik, sapukan sedikit kuning telur di ats permukaan biskut dan taburkan parutan keju di atas setiap biskut. 6. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak. Kredit foto: Sekadar gambar hiasan
http://www.wom.my
|