View: 3186|Reply: 4
|
Somtam, Hidangan Betik Muda 4 Rasa
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Pernah tak makan Somtam atau pertama kali mendengar nama ini? Baiklah penulis ceritakan serba sedikit mengenai Somtam dan asal-usulnya.
Somtam atau juga dikenali sebagai salad betik muda berasal dari Laos tetapi di popularkan oleh kulinari Thailand. Somtam menggabungkan rasa manis, masam, masin dan pedas. Wow teruja ke tidak?
Baiklah, jom cuba resepi dibawah :
Foto : thaisq.com
Bahan-bahannya
1 biji bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
karot ( di potong memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
mangga muda ( potong memanjang)
Cara-caranya
1. Tumbuk bawang putih dan cilipadi menggunakan lesung kayu( jika tak ada lesung batu pun boleh).
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Last sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
4. Sesuaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.
Memang sedap dimakan dengan nasi, ala-ala makan kerabu mangga. Sesetengah orang berkata, makan Somtam dapat hilangkan stress... Tidak pastilah betul ke tidak namun yang pasti rasanya sangat enak. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
mek pernah makan dekat kedai kaksom dekat kg baru..best gileeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|