BEGEDIL RANGUP
3 biji kentang 3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang daun sup ~ di racik halus 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus 1/2 cawan bawang goreng 2 sudu rencah soto yang telah ditumis garam secukup rasa
1 butir telur ayam ~ dikocok sedikit lada hitam serbuk roti ~ untuk menyalut minyak ~ untuk mengoreng
Kentang dikupas kulitnya di hiris bulat nipis dan di goreng terendam Angkat kentang, toskan minyaknya dan lecek halus Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa dan sedikit perencah soto yang telah kita tumis ( perencah soto ni ambil dari soto yang kita tumis untuk jadikan kuah soto ) Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil. Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil
salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti Kemudian celupkan ke dalam telur Salut sekali lagi dengan serbuk roti Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam Angkat dan toskan Siap di hidangkan bersama soto nasi atau mi. Enak juga di makan bersama sos cili
kredit:azlita masam manis
|