|
Oleh : Dean BZ
Sudah lama juga tidak makan rojak buah-buahan atau lebih dikenali Rojak Petis. Rojak petis begitu popular di Malaysia dan Singapura. Sambil berborak dengan keluarga petang-petang, apa kata sediakan rojak terlebih dahulu. Mudah dan senang disediakan, bahan-bahan pun senang dapat.
Untuk membuat rojak petis, yang paling penting adalah kuah rojak. Lain-lain bahan yang diperlukan adalah manga, jambu, kangkung, timun, sengkuang, taugeh, nenas, tauhu dan sengkuang.
Foto : secuitrasaumiejazz.blogspot.com
Bahan-bahan Untuk Kuah Rojak Petis;
Cili padi
Asam jawa/limau
Petis
Gula
Kicap
Bahan-bahan Tambahan Rojak Petis
Kacang
Tauhu
Timun
Sengkuang
Nenas
Taugeh
Kangkung
Cara-Cara Menyediakan Rojak Petis
1. Kisarkan/Tumbuk lumat 2-3 biji cili padi sehingga halus dan tuang ke dalam sebuah mangkuk besar. (Seeloknya mangkuk besar supaya senang nak kacau)
2. Masukkan 1 sudu kecil (hujung sudu aje) asam jawa. Asam jawa boleh digantikan dengan limau kasturi. Kemudian kacau.
3. Masukkan 1 sudu besar petis. Kemudian, kacau lagi bancuhan tadi.
4. Masukkan 2 sudu besar gula. Elok pakai gula merah atau gula pasir, pilih ikut suka. Kacaukan sampai hancur.
5. Kemudian masukkan kicap pekat dengan perlahan-lahan sehingga adunan agak basah dan hitam. Kacau lagi.
6. Kemudian masukkan satu atau 2 sudu besar kacang. Kacau lagi sehingga sebati.
7. Setelah sebati adunan petis tadi, baru masukkan nenas, timun, sengkuang, tauhu, taugeh dan sayur kangkung. Potong kecil-kecil ikut citarasa, dan cukup untuk satu adunan. Kalau banyak sangat bahan tambahan sayur dan buah nanti kering sangat rojak anda.
8. Masukkan dalam sebuah pinggan dan taburkan kacang tadi di atas rojak petis anda.
Sedapnya, jom cuba. - CARI Infonet.
|
|