View: 2561|Reply: 1
|
Cucur Ikan Bilis Panas Di Dalam Sejuk Diluar
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Petang-petang sambil layan sinetron apa kata cuba resepi cucur ikan bilis ini. Senang dan sekejap je siap, campak-campak je lepas tu goreng. Nah cuba resepi ini, jangan lupa bila sudah siap sediakan bersama teh panas sekali. perghh pasti terangkat.
Foto : resepimalaysian.blogspot.com
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum*
2 1/2 cawan air panas mendidih
Ikan bilis *-tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar-tumbuk kasar*
Sedikit daun sup dan bawang-hiris*
Garam secukup rasa*
Minyak masak secukupnya
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan bertanda*.
2. Buat lubang di tengah baru di masukkan air mendidih sedikit demi sedikit dan kacau cepat sehingga menjadi doh yang kental menggunakan pemukul telur/senduk kayu . Jangan guna tangan sebab takut nanti melecur tangan.
3. Bila dah suam barulah boleh di gaul dengan tangan.
3. Sapu tangan dengan sedikit minyak dan bulat-bulatkan adunan ikut citarasa anda.
4. Goreng gunakan api sederhana sehingga berwarna kekuningan.
5. Hidangkan bersama sos cili.
Selamat mencuba! Mula-mula buat tak menjadi tak apa, janji rajin mencuba. - CARI Infonet.
Sumber resepi - kakinakl.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama resepi cam mak aku. Nnt bila sejuk pn cekodok ni masih lembut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|