|
Nway, ai nk share this one article yg relevan w this issue dgn harapan ia dpt menenangkan hati TT.
Mentaliti masyarakat Melayu yang perlu kita ubah.
By Ocha Mohd Akil
27 November 2015 at 16:36 @ Facebook
Anak tubuh semangat/gemuk berisi
- cukup makan,
- sihat sempurna,
- cargas,
- cukup zat dan segala vitamin,
- malatop boom kebaboom,
maksud tersirat -> pandai hang bela anak.
Anak kurus keding
- tak cukup makan,
- tubuh terbantut tak sihat,
- ada masalah kesihatan,
- tak normal,
maksud tersirat -> makpak tak bagi anak makan, takpandai handle anak, kurang perhatian.
"Anak hang minum susu badan? Laaaa...patutlah kurus tak cukup zat ja aku tengok. Cuba lihat anak si Kalsom tu montel yakmat, dia tak beri susu badan. Anak dia hisap susu jenama xxx. Tengok lengan bukan main lagi, susu berzat tu." - Samdolmulutcili, bukan nama sebenar.
Hakikatnya, yang gemuk berisi tu kebanyakannya bila kita selidik, rupa-rupanya anak ini tidak suka makan sayur/buah, jarang makan nasi dan makanan mengenyangkan lagi berzat. Dan ada ketikanya memadai dengan berbotol-botol susu formula dan sedikit jajan serta manisan bersalut gula bagi menampung perut yang lapar!
Berbeza pula dengan anak yang kurus cinonet. Ya! Tidak dinafikan adakalanya mereka ini ada yang jenis liat untuk makan. Tapi mostly yang tubuh kecil ni jenis pemakan dan tidak memilih apa jenis makanan, yang penting makanan sihat serta mengenyangkan. Objektif kita ialah hendak pastikan anak membesar dengan makanan penuh nutrisi, bukan hanya bina badan 'semangat' semata-mata. Kita makan untuk hidup sihat, bukan makan untuk gemukkan badan. Seperkara lagi, anda sumbatlah segala mak nenek makanan besar gajah dalam mulut anak tu kalau dah memang gen makpak kurus, maka kurus keding la jugak. Mindset kena ubah, 'kurus tak semestinya tak sihat, gemuk tak semestinya sihat.'
Dan kepada makpak yang punya anak yang tubuh kecil comel tak padan dengan umur, jangan pernah kecil hati dengan sindiran orang lain. Biarlah anak kita kecil, tapi otaknya 'besar', insyaAllah. Yang paling utama ialah pastikan anak sentiasa aktif dan tidak menunjukkan sebarang tanda menjadi kanak-kanak pasif. Beruntunglah punya anak yang tubuhnya kecil, all the time rasa macam anak sentiasa bayi. Dan tidak semena-mena terasa seperti anakanda wahbah membesar terlalu cepat. Simptom apakah ini teman..renung-renungkan.
|
|