|
Lapor Diri Lambat, Terpaksa Kongsi Baju, Seluar Dan Beg Sekolah Dengan Abang
[Copy link]
|
|
che' egu murni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kesian sangat2 adik tu.. tapi pelik jugak. Takkan baju + seluar + beg sepasang pun tak mampu nak beli? Kalau kt kedai murah2 tu rm50 boleh beli 3 barang ni. Memang la kalau dah susah tu rm50 pun tak ada, tapi takkan la mak dia tak dapat nak usahakan langsung? Setahun sekali je pun. Si bapak tak payah cerita la.. memang tak berguna sesen pun. Tapi ibu2.. anda patut berusaha lebih utk membela nasib anak2 kita. Banyak kerja boleh buat kat luar sana.. kalau susah nak keluar bekerja, kat rumah pun boleh cari duit. Zaman skrg ni banyak sangat kerja boleh buat.. nak dengan tak nak je. |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa pusat zakat bagi sekadar tambahan duit pendapatan kita. Bukannya utk menyara kehidupan kita? So mcm keluarga ni, ada mak sorang. Takde pula mention mak sakit tenat ker, oku ker, lembam ker apa. But mak tak kerja. So selama setahun dpt bantuan zakat, mak langsung takde usaha nak ada pendapatan sendiri ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi tak cukup sebab mak langsung takde pendapatan. I faham kalau mak dia ni cacat oku lembam buta kanser sakit kronik etc. But kalau mak dia sihat walafiat & hanya mengharapkan bantuan zakat tiap bulan, itu BS namanya. Dasar pemalas tu sebab sampai mereput pun miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baca betul2 statement zakat penang, Bantuan yg diterima, bantuan bulanan rm400, sekolah & nur ramadan.
So bantuan utk sekolah ada la kan? Bantuan utk beli baju sorang anak jer? |
|
|
|
|
|
|
|
So cikgu ni menambah perisa dlm cerita la kan?
@obelisk
|
|
|
|
|
|
|
|
Viral: Ibu nafi anak kongsi pakaian sekolah
6 Januari 2016
Viral: Ibu nafi anak kongsi pakaian sekolah
Ibu tunggal Fadzilah Hashim, 45, menunjukkan berita mengenai anaknya yang telah di viralkan menerusi laman sosial hari ini. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di sini, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook hari ini.
Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.
"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa hari ini.
Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan hari ini kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral hari ini.
Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.
Fadilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.
"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.
Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.
"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|