View: 2830|Reply: 1
|
Petua Tradisonal Merawat Kencing manis
[Copy link]
|
|
Edited by cendolsantan at 25-3-2016 02:44 PM
Petua Tradisional Merawat Kencing Manis | Penyakit kencing manis atau Diabetes sering dikaitkan dengan keturunan, amalan pemakanan yang tidak sihat dan juga obesiti. Kita semua sudah sedia maklum memang tiada ubat khusus untuk memulihkan penyakit kencing manis, apa yang ada hanyalah ubatan untuk mengawal paras gula dalam darah.
Selain pengambilan ubat dan rawatan doktor, amalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang dan kurang gula dan karbohidrat dapat memastikan paras gula seseorang pesakit kencing manis berada pada tahap terkawal.
Selain itu ada beberapa Petua Tradisional Merawat Kencing Manis menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh dicuba oleh pesakit sebagai rawatan alternatif. Antaranya:
1. Daun sirih – Ambil 10 helai daun sirih dan lima ulas bawang merah. Rebuskan dengan dua gelas air dan sejukkan. Amalkan minum air rebusan ini setiap pagi sebelum sarapan dan setiap petang.
2. Akar patawali – Ambil dalam dua inci akar patawali dan tumbuk hingga lumat kemudian masukkan ke dalam air sejuk anggaran setengah gelas. Tapiskan. Kemudian minum setiap pagi dan petang.
3. Kulit petai – Ambil batang pokok petai sebesar tapak tangan dan rebus dalam periuk. Biarkan mendidih sehingga air rebusan bertukar menjadi kehitaman. Minum segelas sehari sekali. Ataupun jika sukar untuk mendapat kulit pokok petai, boleh juga gantikan dengan buah petai. Ambil lima keping dan rebus sehingga empuk. Minum air rebusan petai kira-kira setengah gelas. Amalkan meminumnya sekali sehari.
4. Kulit jering – Rebus kulit buah jering sebanyak 10 biji hingga keluar air kelatnya. Biarkan sejuk. Minum setengah gelas setiap hari. Kulit pokok jering juga boleh digunkan untuk merawat penyakit kencing manis. Cara memasaknya adalah sama seperti kulit pokok petai.
5. Peria – Rebus peria dan tapis airnya kemudian minum segelas sehari. Boleh juga dikisarkan dan dibuat jus.
Semoga petua-petua di atas ini dapat membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm... saya orang kampong yang pernah makan sirih dan makan petai (hingga ke hari ni...kat kitchen saya now ni ada petai), tak pulak Nampak org kampong saya takde diabetes. Lebih sesuai jika cendolsantan beri evidence kesahihan ini semua.
Pada dasar nya, manusia perlu insulin utk masukkan gula yg berada didalam darah, kedalam cells. takde insulin, maka penuhlah darah dgn gula dan ini memusnahkan urat urat darah di otak, kaki, mata, brain, buah pinggang, urat saraf, muscles dan mana mana yg ada mico blood vessels.
Petua terbaik: jaga mulut. (ie jgn masukkan benda yg tak sepatutnya eg makanan yg terlampau byk, mknan bercarbo tinggi etc. Jika ini dibuat, org yg DM dia teruk pon boleh di bantu) |
|
|
|
|
|
|
| |
|