Oleh Fyruz Hanna
Sweet corn atau jagung manis ini adalah antara makanan ringan yang sering dijual di Malaysia. Rasanya yang enak memang menarik anak-anak untuk makan nak-nak jika waktu hujan.
Di Malaysia, ia dijual dalam cawan plastik dan harga bergantung pada tempat anda beli.
Nak lagi sedap.. ada yang letak susu..Amboi memikat sungguh.
Bahan-Bahan Resepi Sweet Corn
1 Paket Sweet corn (nak guna yang fresh pun boleh lagi sedap)
3 sudu besar susu pekat manis (agak-agak)
1/2 sudu besar marjerin
secubit garam
Cara Buat Sweet Corn
Kukus jagung hingga masak
Setelah jagung masak masukan dalam bekas yang sesuai, masukkan marjerin, susu pekat dan sedikit garam.
Gaul sehingga sebati
Sedia dihidangkan.. Sedap dimakan ketika masih panas.
-CARI Infonet. |