CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 0

Amalkan Tip Berikut Jika Anak Meragam Bangun Pagi..

[Copy link]
Post time 7-4-2016 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Sejak mula ke sekolah tadika, mesti ada masa anda menghadapi masalah mengejutkan anak bangun dari tidur.


Mungkin ada anak yang jenis mudah bangun tetapi ada yang jenis bangun tidur mesti mengamuk. Mana satu anak anda?

Bagi membantu menangani masalah anak yang meragam waktu bangun pagi, mungkin boleh rujuk tip berikut :








sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/

1) Perhatikan pola tidur anak
Anak yang sihat dan ceria adalah anak yang cukup tidur. Biasanya kanak-kanak mudah meragam dan mengamuk apabila mereka tidak cukup tidur. Oleh itu sentiasa pastikan anak anda mendapat cukup tidur. Tetapkan jadual tidur sebentar di siang hari dan tidur awal pada malam hari supaya mereka boleh bangun pagi dengan ceria.







2) Berikan kata-kata semangat sebelum tidur
Sebelum anak tidur, apa kata anda bisikkan kepadanya kata-kata semangat yang dia boleh bangun awal  pagi tanpa perlu menangis atau meragam jika mahu menjadi anak yang sihat dan cergas. Tentu anak anda rasa bersemangat dan gembira dengan kata-kata dorongan itu. Secara tidak langsung ia menyuntik semangat dan keinginan untuk mereka bangun tidur awal tanpa meragam






3) Tunjukkan kesan buruk jika bangun lambat
Adakalanya anak kecil perlu diperlihatkan kesan akibat daripada perbuatan mereka. Jika mereka bangun tidur lewat sudah tentu akan kelam kabut dan lambat sampai ke sekolah dan ia pasti tidak menggembirakan anak kerana bimbang dimarahi cikgu. Selepas mengalami kesan buruk tersebut pasti anak tidak mahu bangun lambat lagi.





sumber foto: http://www.excelqhalif.com/

4) Perkenalkan jam loceng
Tentu anak kecil anda teruja apabila anda membelikannya jam loceng mengikut karektor kartun kegemarannya. Katakan kepadanya fungsi jam loceng tersebut membantunya untuk bangun awal. Deringan jam loceng dianggap sebagai rakan tidur yang akan mengejutkan mereka bangun tidur tanpa sebarang masalah.  Pastinya ia menjadi semangat buat anak untuk bangun tidur awal sendiri.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.104481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list