CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 8

Lemas Di Baldi

[Copy link]
Post time 14-4-2016 09:45 AM | Show all posts |Read mode

Muar: Kanak-kanak lelaki ditemui lemas di dalam baldi di bilik air rumahnya di Bukit Pasir di sini, 6 pagi tadi.

Muhammad Umair Zaheen Md Zamri, 2, ditemui dengan badan dan kepalanya di dalam baldi yang dipenuhi air oleh bapanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6 pagi dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di rumah mangsa, anggota kami mendapati kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

**credit Harian Metro

Salam semua, saya ni mcm tak boleh nak imagine mcm mana budak 2 tahun yang boleh berdiri, berjalan boleh lemas di baldi. Anak sy pun masa mandi kadang2 nak main air dlm baldi. Sy mcm fobia sejak baca kes ni. Bukan ke ketinggian kanak-kanak lebih tinggi dari paras baldi?
Sorry, saya ni jenis kena memahami sesuatu keadaan dgn jelas baru saya boleh faham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 09:55 AM | Show all posts
lazimnya kes lemas ni sbb budak tu tertonggeng masuk dalam baldi
kepala di dasar baldi
then dia tak pandai nak kuarkan badan dia
sbb tu lemas

sebab tu bahaya tinggalkan budak tanpa pengawasan apabila dalam bilik air
tambahan lagi budak yg suka bangun masa malam2
kena pastikan pintu bilik air bertutup dan kunci
sbb ada kes pernah jadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:41 AM | Show all posts
pasal tu ramai parents pasang pagar area dapur atau bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:49 AM | Show all posts
selalu nya baldi tu ngam2 badan budak umur 1-2 ys kan...

jenis budak xpandai lagi nak berpaut kat tepi baldi tu....

air penuh pulak, tu buat lemas...

anak saya gitu juga...dari start umur 1ys, dah pndai jalan...

pantang lampu bilik air terbukak...ke situ aje dia tuju...

tapi nasib dia suka main berus gg...saje letak brus gg n colgate tepi pintu bilik air tu...

so dia stop kat situ...main berus gg bawak jalan2 1 rumah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:10 AM | Show all posts
Allah.. takutnya dengar. anak aku tu suka betul dia masuk toilet. tau2 dah dkt pintu. nauzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 02:49 PM | Show all posts
kalau dia nak main air masa mandi.
kita kena monitor.
aku selalu amek kerusi..
duduk depan pintu bilik air sambil baca majalah and tengok dia..
biar dia main puas2 dalam setengah jam..
then kita mandikan dia..
then bawak keluar.
jangan biar budak mandi sorang2..
kecik pulak tu.
bilik air tu banyak hazard..
tak boleh lepa (leka)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2016 03:19 PM | Show all posts
Edited by mirian1110 at 14-4-2016 03:21 PM

Sebab tu aku tak suka letak air dalam baldi kat dalam bilik air, baldi memang kering dan cuma untuk letak baju kotor je, kalau nak mandi, memang pakai shower je, ade anak kecik kat rumah kena extra berhati2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:28 PM | Show all posts
kat area rumah Lady pun ade kes mcm ni 4 bulan yg lepas... umur setahun lebih...mak nya kata tinggal kejap jer, sekali dah tertonggeng anak dia dlm baldi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area umah bp lak, budak 11 bulan lemas dlm besen..bila diangkat tu da biru lebam budak tu, kepala mmg da lembek..nasibla ade pegawai kesihatan kat situ, dia la yg tlg buat cpr bagai.. Terus bw g klinik then hospital.. Panjang umur budak tu,2 hari kat icu..now da kat wad biasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.081097 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list