|
oleh Adib Za
Bagi para ibu yang baru melahirkan, antara masalah yang sering dihadapi ialah rasa sakit pada payudara ketika menyusukan si comel.
Jika tak dibendung, rasa sakit ini boleh mengganggu proses menyusukan bayi anda.
Jangan risau, berikut merupakan tips yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.
1. Menggunakan air sejuk
Gunakan kain yang bersih yang direndam ke dalam air sejuk. Kemudian usapkan ke bahagian payudara yang sakit.
Cara ini dapat mengurangkan rasa tak selesa dan bengkak.
2. Menggunakan kobis
Mungkin rasa seperti lucu tapi cara ini agak berkesan ya. Cuci bersih kobis segar dan masukkan ke dalam coli.
Ia memberi rasa sejuk dan mengurangkan bengkak selepas proses menyusukan bayi. - CARI Infonet |
|