CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6008|Reply: 46

"Kau Bunuh Kucing Aku!" Manusia Kini Lebih Binatang Dari Haiwan Sendir

[Copy link]
Post time 25-5-2016 04:09 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za





Siapa yang tak makan hati melihat kucing kesayangan mati di depan mata. Bukannya kerana diserang penyakit tapi terseksa akibat diracun.


Lebih kesal, ia dipercayai dilakukan oleh jiran sendiri. Dimanakah hati perut dan sifat kemanusiaan? Adakah manusia kini semakin hilang arah?


Kucing, bukan haiwan yang merosakkan atau menyebabkan kekacauan seperti haiwan perosak yang lain. Ia sebaliknya merupakan haiwan peliharaan yang sangat dekat dengan manusia.


Bila manusia sendiri yang membunuhnya, ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak diterima. Jika pun haiwan itu kurang menyelesakan dan datang ke rumah anda tanpa 'diundang', wajarkah ia dibunuh sedemikian rupa?


Masih banyak jalan lain untuk mengelakkan kucing tersebut 'mengganggu' kediaman anda. Ikuti kisah yang dinukilkan oleh seorang pemilik kucing yang baru sahaja kematian haiwan kesayangan dek kerana kemanusiaan yang hilang.


Moga ia menjadi iktibar buat semua dan buat 'pembenci' haiwan janganlah menjadi lebih binatang daripada haiwan itu sendiri!








Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.


Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba-tiba berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.

Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing-kucing kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing-kucing kami tak mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah...

Lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran! 😢 tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?

Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing-kucing aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.
Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang!


- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 04:20 PM | Show all posts
Ya Allah.. siannya tengok kucing mati camtu
malam tadi @2am, ada segerombolan anjing liar lalu kat area rumah mak aku
sempat diragut kucing aku sekor
beria aku baling kasut kat anjing2 tu
tak dapat selamatkan
tak tahu apa jadi dengan kucing tu
entah digonggongnya ke mana ntah
aku cuma sempat dengar kucing aku "menjerit' je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:21 PM | Show all posts
ok. nk dgr dr pihak satu lagi.

sb yg jenis suka pelihara kucing ni, kebanyakan tau bela je bg makan je. (aku ckp kebanyakann yeee) kucing g berak rumah jiran hari2 entah2 dia wat derk? apepun ak x sokong jiran dia kejam mcm tu. ko g racun depa sekeluarga, jgn duk racun kucing tu!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
k. nk dgr dr pihak satu lagi.

sb yg jenis suka pelihara kucing ni, kebanyakan tau bela je bg makan je. (aku ckp kebanyakann yeee) kucing g berak rumah jiran hari2 entah2 dia wat derk? apepun ak x sokong jiran dia kejam mcm tu. ko g racun depa sekeluarga, jgn duk racun kucing tu!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:22 PM | Show all posts
bela tapi tak reti nak jaga..
entah-entah kucing dok masuk rumah orang berak merata-rata..
nak kata orang tu pembunuh, ko pun sama jah..
tak prihatin dengan jiran-jiran..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:23 PM | Show all posts
Kejam le kalau sampai buat macam tu. Kok ya kucing2 tu ada buat kesalahan bagitahu je le dengan tuan kucing tu.  Tuan kucing pun kalau ada jiran complain buat le sesuatu agar apa yang jiran tak suka tu tak berulang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Aku dah lah takut koceng. Tapi aku asik tanya koceng jiran aku lapar tak? Jom mamam. Koceng jiran ikut aku balik kasi mamam. Mana manalah koceng ni kalau lalu aku jemput je mamam. Sian tengok. Walau badan derang gemuk. Sekor tu kena bawak exercise. Sebijik macam dog. Dia akan ikut je mana kita pegi. Aku suruh duduk pun dia duduk. Obedient sangat. Tapi kalau dia datang dekat aku menjerit takoottttt
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing saya gaduh ngan kucing lain pun dah mendidih darah dibuatnya. Saya g kejar kucing sado tu splash dia ngan air. Tunjuk hero ye ngan kucing saya yang kurus. Apa pun cerita kat atas ni, saya simpati dengan nasib 3 kucing tu. Janganlah dibunuh sebegitu rupa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fazamania at 25-5-2016 04:47 PM

Bila kucing dah mati tak payahlah nak tunjuk diri kita teraniaya. Cuba semak balik apa yg tak kena dgn kita sebagai tuannya.

1. Adakah kucing kita suka berak rumah jiran  kucing ni sekali dah berak kat satu temoat, sampai bila2 tempat tu jadi jambannya.

2. Kucing suka gores kuku dekat kereta jiran. Kereta dah jadi port tido.. Bila kucing kucing menggeliat, of course habis body kereta tercalar.

Dua ni jer aku nak upkan. Kalau nak bela kucing, kena hormat jiran sebelah rumah. Maybe jiran  sebelah rumah tu DIAM macam tak ada berlaku tapi dalam hati dia kita tak tahu.


aku ada pengalaman duduk sebelah rumah jiran yg ada perangai tak gheti nak jaga hati jiran. Setiap kali kucing tu berak dekat laman rumah aku, aku pulangkan balik dekat depan gate dia.


Senyap plak tak kata apa, bangang jugak dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:49 PM | Show all posts
Edited by CrowneGlory at 25-5-2016 04:50 PM

comel pulak kucing tu dgn socks nya...dulu jiran aku cina pun asik2 meracun kucing..

hanya tuan kucing yg tau sedihnya kehilangan kucing2 dorg esp yg ada character yg kena dgn tuan ...kalau aku mau dorg pulak yg aku racun
rumah aku ni lg la segala jenis kucing dtg mintak makan dh serupa pusat kebajikan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:00 PM | Show all posts
fazamania replied at 25-5-2016 04:45 PM
Bila kucing dah mati tak payahlah nak tunjuk diri kita teraniaya. Cuba semak balik apa yg tak kena d ...

haha,,sama lah kita,,, aku mmg tahap maki je tuan dia yang tak reti bahasa ni...

aku tak sampai tahap nak racun kucing.... tak sampai hati kat kucing..kat tuan2 dia yang bodo,,mmg lancar je mulut aku maki

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:02 PM | Show all posts
Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing-kucing aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.

kalau jiran pun terseksa macammana?

kucing ni berak kencing merata bau busuk mengganggu jiran ke

ke mu nak jiran kutip tahi kucingmu? dapat pahala berbuat amal kebajikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:07 PM | Show all posts
fazamania replied at 25-5-2016 04:45 PM
Bila kucing dah mati tak payahlah nak tunjuk diri kita teraniaya. Cuba semak balik apa yg tak kena d ...

sayang jiran dulu

baru sayang kucing

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:31 PM | Show all posts
1) Menyeksa dan membunuh binatang comel macam kucing adalah JILAKE!
2) Berbuat buruk tanpa sengaja atau tidak sengaja kepada jiran juga JILAKE!
3) Jiran yang tak reti menegur dengan elok pun JILAKE!
4) Membela binatang tanpa menggunakan otak juga JILAKE!

As the conclusion, korang yang macam JILAKE JILAKE, sila duduk dalam hutan, jangan buang oksigen kat bandar ni. Terima kasih dan harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah aku ni pun selalu jadi port kucing.
Sampai naik beranak kat balkoni..terjerit2 aku tenguk mak kucing dgn anak2 dia kat bawah ampaian baju..
Cam mana la dia gigih memanjat dgn perut memboyot..seekor je aku dpt selamat kan..anak2 yg lain entah mana ibu kucing tu bawak pergi.
Kucing2 yg lain mmg suka tido bawah keta n atas keta aku..tpi tak pernah la pulak depa berak kat rumah ..cuma gaduh2 n muntah tu ada lah..tapi tak ada la pulak aku sampai nak meracun
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt fb org ni siap tunjuk lg no rumah jiran tu..ape pn aku mmg nk dgr komen jiran tu...aku yakin mst tuan kucing tu hnya tau bela jah...

Aku pnh kna ms duk kuarters dulu..org depam rumah tu mmg rajin bg mkn kucing smpo beranak2 kicing tu tp kucing tu dok berak dpn pintu umah aku...ni kicing jantan yg dh tua berlagak macho suara kuat nk mampus muka nk mtk penampa....pehhhhhh taik mmg busuk gila...dh cuci ltk minyak tanah, perfume x hilang bau...lusa dtg lg beral tmpt yg sama....ms tu aku mmg maki habis hbisan kt jiran tu...ingt tudung labuh tau adab berjiran.....sorry aku bila ingt balik mmg aku emo tahap petala 7...last2 aku berambus dr kuarters tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahalol2 yang bekap jiran tu memanglah betul maybe kucing tu salah sebab berak mereta tapi asal kucing jadi mangsa?

Ala2 kalau anak jiran aku main2 kat depan rumah aku pastu pasu pecah so bolehlah aku bunuh anak jiran tu?if yes memang aku buat!

Aku lagi bengang dengan anak bahalul yang mak bapak tak reti nak jaga! At least binatang memang tak ada akal nak faham bahasa manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah sampai letak racun luar pagar boleh dikira menyalahi undang undang tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya! tapi aku rasa mcm dia bela byk kucing tapi tak ajar kucing tu berak kt tempat sepatutnya then mgkin jiran tu pun dah tensen. Jiran aku pun ada bela berbelas2 ekor, siap buat rumah saiz stor utk dorang tapi rumah tu betul2 sblh rumah aku so mengganggu jgk dgn bau hancing+busuk taik dia. Kucing2 tu pun kadang2 gi berak depan rumah, masuk dlm rumah. Mak aku dh tegur elok2 sbb mak aku buat jual cookies so kebersihan kena jaga, takut bulu2 merata. Jiran ok je, kitorang pun faham. Nama pn binatang, bukan ada akal. Tapi klu aku balik, aku kurang bleh hadam sbb benci bau busuk. Sorry jiran. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nature kucing berak kat pasir, memancut mane2 dia suka. Kalau kita ajar pon bkn semua dia blh ikut.

Ni sbb kucing bertuan ada org marah kucing dia diracun, kalau stray cats takde tuan pon adakah akan dibunuh kalau buat salah? Kejam kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.581297 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list