CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24478|Reply: 18

[Tempatan] berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia

[Copy link]
Post time 9-2-2026 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-2-2026 11:28 PM

Selama dua minggu, penduduk di sekitar Parit Buntar dan Nibong Tebal hidup dalam ketakutan

.

Kelibat ‘pocong mengamuk’ yang didakwa menghantui kawasan tersebut bukan sahaja mencetuskan kegusaran, malah membuatkan ramai yang kecut perut untuk keluar rumah pada waktu malam.


Namun, misteri yang menghantui dua wilayah ini akhirnya terjawab malam tadi apabila ‘makhluk’ tersebut berjaya ditangkap.

Rupanya, ia bukanlah entiti dari alam ghaib, melainkan seorang pemuda yang tidak cukup kerja.

Ditumpaskan Ketika ‘Live’
Kejadian lucu tapi menyakitkan hati ini berlaku di Parit Kasa apabila seorang pempengaruh yang sedang melakukan rakaman secara langsung (Live) tersempak dengan kelibat tersebut.

Walaupun cuba melarikan diri, ‘pocong’ berbaju putih dan berseluar sukan itu akhirnya berjaya dipintas.

Saat dipaksa membuka kain telekung yang membalut tubuhnya, terbongkarlah wajah sebenar seorang pemuda berusia lingkungan 20-an yang sanggup berbuat demikian demi sebuah “prank”.

“Bukan Nak Prank Abang, Nak Prank Kawan Saja…”
Dalam keadaan terdesak dan ketakutan selepas ditahan, pemuda yang berasal dari Batu 4 itu mula merayu simpati.

“Sorry la bang, saya nak prank kawan saja bukan nak prank abang,” katanya yang mendakwa dihantar oleh rakannya ke lokasi tersebut semata-mata untuk mengusik orang yang lalu-lalang.

Diserah Kepada Jawatankuasa Penduduk
Walaupun niat asalnya sekadar mahu bergurau dengan rakan-rakan, namun gurauan tersebut nampaknya memakan diri.

Pempengaruh terbabit telah menyerahkan pemuda tersebut kepada ahli jawatankuasa (AJK) penduduk kampung untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai kejadian tersebut.

Sumber
Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 12:04 AM | Show all posts
kalo x merempit

nyamar jadik pocong

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 12:10 AM | Show all posts
Persistent.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik dulu member (mmg nakal) suka kacau org... pakai telekung maknya nyorok belakang pokok.. 1 mlm tu dia kena kan org tua sampai jatuh motorsikal... mlm tu baru tau yg jatuh tu bapanya...baik la dia seminggu dua.. lepas tu nakal balik... haha.. rasanya sampai skrg simpan rahsia tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 08:16 AM | Show all posts
"hang dok buat macam ni...oghang panik hang tau dak?!!"


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tegelak pun ada . Tapi sungguh la budak tu buat satu kg jadi panik dan takut. Memang marah betul brader yg dok rakam tu.

Nak tanya, kalau betul la org dapat tangkap pocong betul tu, lepas tu nak kena buat apa kat pocong tu? Macam org tangkap hantu taruk dalam botol. Buang kat sungai atau laut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2026 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 10-2-2026 07:50 AM
Masa kecik dulu member (mmg nakal) suka kacau org... pakai telekung maknya nyorok belakang pokok.. 1 ...

Mujur la tak mati terkejut bapak dia tu. Kalo tak naya je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 08:33 AM | Show all posts
tapi masalahnya dah kena tanggkap naper dia masih melompat2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 10-2-2026 08:17 AM
Nak tegelak pun ada . Tapi sungguh la budak tu buat satu kg jadi panik dan takut. Memang marah  ...

Katanya kena buka ikatan atas kepala tu. Dia keluar tu sebab orang tak buka ikatan katanya. Dah mati pun susah nohh
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
PinkyPie replied at 10-2-2026 08:49 AM
Katanya kena buka ikatan atas kepala tu. Dia keluar tu sebab orang tak buka ikatan katanya. Dah ma ...

I see.

Lepas bukak ikatan atas kepala tu nti pocong tu akan ghaib terus tak muncul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-2-2026 08:33 AM
tapi masalahnya dah kena tanggkap naper dia masih melompat2?

Belum kena tangkap pun sis tucen, cuma kantoi ja tu, lepas tu kena sergah. Kot yg still lompat2 tu sebab nak cover konon2 pocong betul la. Meols rasa kalau la adik tu terus lompat2 nak lari pun tak dapat punya la, brader tu sempat tangkap dulu. Ni bukan pocong betul. Mau pocong betul kita sergah terus dia ghaib gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 09:48 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-2-2026 08:33 AM
tapi masalahnya dah kena tanggkap naper dia masih melompat2?

Prank ini sebenarnya prank sahaja... cameraman kata pocong nak buat prank tpi konten jer semua dari cameraman sampailah pocong.. masa soaljawab pun masih pakai kain putih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 10-2-2026 09:48 AM
Prank ini sebenarnya prank sahaja... cameraman kata pocong nak buat prank tpi konten jer semua dar ...

Jadi ini semua lakonan semata2 ke? Yg brader kejar pocong jadian tu pun berlakon sekali ke?

Kesian penduduk kat situ kena tipu. Buatnya muncul pocong betul baru haru. Meminta sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai la netizen pun takut hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 10-2-2026 08:56 AM
I see.

Lepas bukak ikatan atas kepala tu nti pocong tu akan ghaib terus tak muncul ke?

Patutnya dia dah tak kacau lagi. Dia dok meragau tu sebab nak minta orang bukakan ikatan tu. Ni nenek iolz la cerita masa kat kampung kecoh pasal ada pocong. Kalau citer Ghost Whisperer kiranya cam dah see the light la, tak kacau alam manusia dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 01:14 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 10-2-2026 10:50 AM
Jadi ini semua lakonan semata2 ke? Yg brader kejar pocong jadian tu pun berlakon sekali ke?

Kesi ...

agak shj...

aku kalau buat, kain putih tu aku dah bukak... tunjuk muka supaya orang boleh kenal.. masa kantoi pun masih nak lompat, logik ker.. patut dia dah lari lintang pukang..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
PinkyPie replied at 10-2-2026 12:32 PM
Patutnya dia dah tak kacau lagi. Dia dok meragau tu sebab nak minta orang bukakan ikatan tu. Ni ne ...

Ok2 tengs info uols
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 10-2-2026 01:14 PM
agak shj...

aku kalau buat, kain putih tu aku dah bukak... tunjuk muka supaya orang boleh kenal. ...

Make sense jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 01:57 PM | Show all posts
plywood replied at 10-2-2026 01:48 AM
Prank ini sebenarnya prank sahaja... cameraman kata pocong nak buat prank tpi konten jer semua dar ...

tu lah

dah agak.. yini semua pundeeee

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 20178 Replies : 24
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 1265 Replies : 5
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 23521 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41484 Replies : 529
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23616 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364255 Replies : 3552
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19986 Replies : 8
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 66928 Replies : 48
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31938 Replies : 24
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 31051 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:21 PM GMT+8 , Processed in 1.028579 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list