CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26428|Reply: 10

[Tempatan] Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan

[Copy link]
Post time 6-2-2026 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
Aizat Sharif - Februari 6, 2026 @ 4:23pm

Gambar hiasan

KANGAR: Seorang bapa berstatus orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Berdasarkan tiga pertuduhan berkenaan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Simpang Empat, Kangar sekitar jam 9 hingga 10 pagi pada 26, 28 dan 31 Januari lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam Azira Aziz dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Nabilah memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan kes amat serius.

Azira bagaimanapun merayu bagi pihak anak guamnya agar mahkamah dapat memberikan satu jaminan yang minimum kepada memandangkan tertuduh hanya bekerja sebagai pengutip kotak lama dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Malah, anak guamnya itu menanggung seorang isteri serta sembilan orang anak yang berusia antara tiga bulan hingga 22 tahun.

Anak guamnya juga bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 setiap bulan.

Selain itu, anak guamnya juga adalah seorang OKU fizikal apabila kaki kanannya tempang serta mempunyai besi di dalamnya setelah mengalami kemalangan sekitar 15 tahun dahulu.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diberi jaminan sebanyak RM30,000 di mana setiap satu pertuduhan adalah ditetapkan sebanyak RM10,000.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
9 anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pada oku tu anak bongsu baru 3 bulan hmmm hidup dgn bantuan pon masih nak buat anak sampai 9
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah! Yang tempang kakinya, bkn anunya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnt masuk jail...pastu kuar jail dah tua cari anak2..anak2 xnak ngaku ayah...ayah citer kat strangers diabaikan anak2..strangers viral buat content citer sedih anak2 derhaka..netizen kecam anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah Allah bg tempang masuk besi kat kaki pun menyetan lg.. Semoga anak2 kita semua dalam peliharaan & lindungan Allah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2026 09:57 AM | Show all posts
9 orang anak

yg bongsu baru 3 bulan


ape ke hanat sangat punya manusia nih


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 10:19 AM | Show all posts
Dalam oku gitu pon rajin mengerjakan bini & rajin mengerjakan anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2026 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hyper dia ni. Tenaga extra dia tu perlu outlet. Sayang tempang lah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 10:58 AM | Show all posts
mesti anak yang atas-atas tu kena kerah bela mak bapak adik beradik jugak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 02:02 PM | Show all posts
betul tu awak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.127090 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list