CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3033|Reply: 3

[Jenayah] Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta

[Copy link]
Post time 5-2-2026 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta

Oleh Ilah Hafiz Aziz - Februari 5, 2026 @ 4:50pm

SETIAUSAHA NGO ditahan dan direman kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta. FOTO ihsan SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan penduduk di Asia Barat khususnya Gaza, Palestin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

BH difahamkan, siasatan awal mendapati suspek yang juga pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan itu antara 2022 hingga 2024.

Dia dipercayai meluluskan dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua syarikat lain bagi tujuan pelaburan.

"Siasatan mendapati dalam syarikat itu terdapat individu dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan.

"Siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO itu sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi misi kemanusiaan di Gaza," kata sumber itu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mahkamah Majistret Putrajaya juga membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat SPRM di hadapan Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan percaya lah geng2 NGO tunggang nama Palestine kutip derma
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni nak derma pegi jela kt org palestin / gaza terus.kalo kt X tu byk je acc  yg ada link terus kt diorg mmg la still  kena third party tapi at least diorg boleh pantau.xyah dah derma2 kt ngo ni.tapi make sure acc tu tu betul2 legit tu je
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
NGO apa nama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 08:30 PM GMT+8 , Processed in 1.349808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list