oleh Adib Za
Siapa yang tak terpegun dengan penampilan wanita yang digelar sebagai 'Human Barbie' atau Manusia Barbie ini.
Memiliki ciri dan raut wajah persis anak patung Barbie, wanita kelahiran Ukraine ini pula menganggap sebaliknya.
Valeria Lukyanova yang juga seorang model, tidak sesekali menganggap dirinya mirip dengan anak patung popular itu.
"Saya tak rasa kelihatan seperti Barbie." ujar bintang media sosial ini, memetik laman People.
"Saya rasa saya kelihatan seperti seorang gadis 'classy'," katanya lagi.
Bila ditanya tenang pembedahan plastik, dia sesekali tidak pernah menafikan mahupun mengiyakan hal tersebut. Bagaimanapun, Lukyanova tidak menolak dia bakal melakukannya suatu hari nanti bila perlu.
"Saya tidak menolaknya, namun pada masa ini saya berasakan tidak perlu," katanya.
Jadi, agaknya bagaimana dengan wanita berusia 30 tahun ini mengekalkan kesegaran wajah dan penampilan persis anak patung sepanjang masa?
Jangan terkejut, dia mendedahkan mengambil masa sehingga satu jam setengah setiap hari untuk mendandan wajah dan rambutnya.
"Ia memberi saya motivasi. Jika anda tak mahu mekap, anda boleh menghabiskan masa baring sahaja tanpa berbuat apa pun." - CARI
Sumber foto: Carian google
|