|
oleh Adib ZA
Onion rings memang sangat enak, garing di luar dan lembut di dalam. Lazimnya dijadikan hidangan sampingan kepada hidangan yang lebih berat seperti ayam goreng, pizza mahupun steak daging.
Sebenarnya cara penyediaan tidaklah terlalu sukar memandangkan bahan utama yang digunakan ialah bawang besar.
Jom cuba resipi mudah ini, anak-anak yang tak makan bawang pun pasti sukakannya!
Foto: Carian google
Bahan-bahan:
2 labu bawang besar
1 cawan buttermilk
3/4 cawan tepung
1 sudu kecil serbuk cili
Minyak
Serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa
Cara-caranya:
1. Kupas bawang dan hiris bulat-bulat tidak terlalu tebal dalam setengah inci. Pisah-pisahkan setiap bulatan. Buang selaput nipis di antara setiap bulatan tersebut.
2. Panaskan minyak. Cukup untuk deep fry.
3. Campurkan tepung, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
4. Tuang sedikit demi sedikit buttermilk dan adunkan dengan sebatian tepung, sehingga likat. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Salutkan bawang satu persatu dan goreng deep fry dengan api yg sederhana tinggi.
6. Angkat apabila sudah garing dan toskan. Hidang dengan sos dan mayonese. - CARI
Sumber: Denaihati |
|