View: 4282|Reply: 33
|
Kenapa Mata Rabun? Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto - www.bosgreenworld.com
Mata adalah anugerah yang tidak terhingga pada kita semua. Tanpa penglihatan, hilanglah salah satu nikmat dunia yang telah diberikan.
Oleh kerana itu, mata hendaklah sentiasa dijaga dengan baik agar ia sentiasa sihat dan segar. Bercerita tentang mata, masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang ketika ini adalah rabun. Rabun merupakan masalah penglihatan yang terbahagi kepada 2 jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Ia terjadi pada semua golongan peringkat umur.
Menurut satu artikel kesihatan yang dipetik dari Utusan Malaysia, rabun jauh ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas. Sebaliknya, rabun dekat pula objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh pula boleh dilihat dengan jelas.
Apakah punca rabun jauh?
Setakat ini tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh. Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya rabun jauh mengalami masalah sama ialah 40 peratus.
Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat. Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat.
Adakah rabun jauh sejenis kecacatan?
Tidak. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus di depannya. Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata.
Sumber - www.idmedis.com
Bagaimana merawat rabun jauh?
Kaedah rawatan paling mudah ialah memakai cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser atau lasik yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.
Bagaimana merawat rabun dekat?
Rabun dekat dapat dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta lekap. Kadangkala ada kanak-kanak di mana kejulingan mata hilang selepas memakai cermin mata.
Selain itu, mengamalkan meminum jus lobak juga dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata. Langkah lain, selalukan melihat benda yang berwarna hijau seperti pokok dan kurangkan menghadap komputer, gajet atau telefon bimbit dalam masa yang lama, ini kerana penglihatan akan cepat kabur. Mencegah lebih baik dari mengubat. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I teringin nak buat lasik bila baca artikel ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 23-9-2016 04:07 PM
i see..jadi mata manja terlebih beso la ni? ahahaha...
ingatkan terkurang makan karot ke ape cause i x suke makan karot.
i thought ade tip diet makanan yg berkhasiat ke ape. kot2 dpt rawat rabun ni.
mana tau makan buah ni dgn sayur ni dgn herbs tu lame2 rabun tu bleh baik semula?
dpt la save rm300. x yah lagi nk kena upgrade cermin mata. huhuhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat lasik tapi ada masalah pada mata yang menyukarkan untuk buat.mmg doc dah nasihatkan tak payah.hingga sekarang rabun tapi tak berkaca mata,CL mmg mata aku tak boleh pakai,ada risk sbb selaput mata aku ni pernah tercedera.hingga sekarang kalau mata ni kering tido dalam bilik aircond,bila buka mata MCM terlekat,bila buka je mmg berair2 mata tak henti dalam 30 minit boh ubat MCM gel gitu diaok dah.nasib doc yang rawat tu sedap mata pandang.kihkih..
tak sempat nak buat cermin mata,ada 2 Handbag perlu dikelek dalam satu masa.dah lah tak boleh diam. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat jimat banyak kalo mata tak rabun ni
spec yg aku tengah pakai skang last aku buat ntah dah 4~5 thn lepas
masa tu kalo tak silap harga dia RM800
2x aku byr ansuran kat kedai tu
bulan lepas aku eksiden
bingkai kat telinga tu patah sebelah
gigih aku pakai lagi
nasib la boleh sangkut atas telinga
ramai jgk budak opis aku yg gelakkan
aku buat bodoh je
aku cuma kata, "selagi boleh guna...kalau rs kelakar, hulur lah seribu dua, boleh aku buat yg baru" |
|
|
|
|
|
|
|
Anak ku rabun sejak lahir. Skrg 1thn stgh. Kne pakai spek. Tp alhamdulillah takde mslh lain. Cuma rabun jauh je.450 power dia. Kalah power aku n suami. Asalkan x mengganggu perkembangan dia takpe. Aku x anggap sbg kekurangan. tp aku rasa kelebihan utk dia umur sthn stgh dh kenal semua huruf upper case, lower case A-z. Boleh namakan semua objek,animals dia tgk. Alhamdulillah. boleh multilanguage. Tu aku dh syukur |
|
|
|
|
|
|
|
makbedah replied at 23-9-2016 12:46 PM
I teringin nak buat lasik bila baca artikel ni.
Buat lah uols.iols baru buat bln lepas. Alhmdulillah ok . Kos 3k utk both eyes. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit tak? N u buat tu, waiting line pnjg tak? Serious takut....
|
|
|
|
|
|
|
|
buat kat mana tu 3k..murah harga 3k tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
rina0602 replied at 26-9-2016 01:27 PM
buat kat mana tu 3k..murah harga 3k tu..
Buat d |
|
|
|
|
|
|
|
makbedah replied at 26-9-2016 01:02 PM
Sakit tak? N u buat tu, waiting line pnjg tak? Serious takut....
Waiting line x panjang pon. Kalau ada available slot nx week tu dh boleh buat.
Alhamdulillah tak sakit.
After 3weeks abes pantang ok dh mata |
|
|
|
|
|
|
| |
|