View: 8763|Reply: 43
|
'Nurse' Makan Gaji Buta. Netizen Yang Kritik Makan Apa Pula?
[Copy link]
|
|
Isu rungutan terhadap kakitangan kerajaan ni memang takkan pernah pudar. Kalau nak diikutkan hati, semua orang di atas muka bumi ni susah nak dipuaskan hatinya. Begitu juga sebaliknya, tiada orang yang betul-betul dapat memenuhi kehendak semua orang. Pasti ada sahaja mata yang memandang serong dan mulut yang suka-suka 'sound' orang lain.
Hari ini mari kita kupas isu jururawat yang dikatakan makan gaji buta. Beberapa hari lalu, timbul pula isu jururawat goyang kaki, tidur di kaunter jururawat.
Sumber foto: Facebook
Menurut Badruz Mohd Zaki melalui status Facebooknya, kejadian berlaku pada Sabtu sekitar 4 pagi di Hospital Besar Pulau Pinang apabila dia menemui jururawat dalam keadaan sedang tidur di kaunter jururawat semasa beliau mahu mencari baju untuk sahabatnya.
Status itu mendapat perhatian daripada seorang netizen dengan nama Facebooknya, Ayah Dean yang kemudiannya menyangkal hujah lelaki itu dengan memberi kenyataan daripada rakannya yang juga merupakan seorang jururawat.
Apa yang boleh diringkaskan dari kenyataan itu adalah, jururawat juga manusia biasa. Mereka sama seperti insan lain yang mempunyai tanggungjawab di luar tugasan mereka. Selain penat melayan pesakit dan mengurus perkara lain di hospital, mereka juga perlu mengurus keluarga mereka apabila berada di rumah.
Kenyataan itu juga turut menggalakkan kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan prestasi jururawat untuk meletakkan diri mereka di situasi sama dihadapi jururawat lain.
Satu sahaja yang mereka harapkan iaitu dihargai atas pengorbanan yang diberikan demi pesakit. Sedangkan anak sendiri belum tentu sanggup mencuci dan memandikan ibu bapa mereka, tetapi tidak jururawat yang sanggup menjaga pesakit setiap masa.
Isu ini juga mendapat perhatian dari netizen lain yang kebanyakkan tidak bersetuju dengan apa yang telah dikongsikan Badruz.
"Daripada menjadikan isu ini sebagai viral, kenapa tidak kejutkan sahaja jururawat itu untuk mendapatkan baju. Lainlah kalau jururawat tu 'tidur mati' tak bangun-bangun selepas dikejutkan." komen Jessica Jojo.
"Cuba jadi nurse sehari, tengok penat atau tidak. Jangan pandai cakap sahaja, tak perlu dibesar-besarkan," saran seorang lagi netizen.
Ada juga yang turut kesal terhadap mereka yang sering mencari kesalahan orang lain tetapi tidak perbaiki diri sendiri, malah terdapat juga netizen yang merakam kata-kata penghargaan kepada jururawat kita.
Selagi namanya manusia, kita tidak akan pernah sempurna. pasti ada cacat cela di mana-mana. Kerana itu pentingnya kita bermuhasabah diri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
biar lah nurse tu rehat kejap
kalau tak ke hulu ke hilir mzz yang penat tengok diorang
mzz tak pernah masuk wad kecuali masa induced sebab overdue bersalin dulu
baik je nurse2 semua..
sedangkan mzz yang kerja ofis siang ni pun kadang2 mengantuk macam nak mampus ni kan diorang yang kerja shift jaga orang sakit huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cuma suka nurse yg mulut x hangsuang |
|
|
|
|
|
|
|
Abis ko expect nurse u buat pe? Berjoget kol 4pg? Aku lbh rela dorang tido dr memekak ketawa terkekek2 pg buta.. Lgpn pesakit tgh tidor.. Husnozon jela akak2 nurse tu tgh amik nap je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurse tidur tu kejut jelah. Ingat nurse tu kerja shift malam, siang dia tidur je ke? Dia pun ada rumah nak kemas.
Batak viral macam ni lah. Benda boleh setel, nak juga letak dekat socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
semua benda nak viral. nurse tido, viral.. doktor hensem, viral. nurse suara kuat skit, viral. doktor tak pandai amik darah, viral.
dey. kalau semua benda nak viral. baik pegi mati. dorg pun manusia biasa. kalau tak puas hati, sound depan2 tak boleh? nak jugak amik gambar pastu masuk dlm FB. dorg boleh saman tau sbb ambil gambar tanpa kebenaran. pastu kira tahap memalukan mereka.
nak viral sbb nak apa? nak femes? nak puaskan ati? nak malukan org? apa la ko dpt. akal pendek mcm tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
nak kena saman ke mamat ni... xsilap kaw hospital larangan amik gambo... iols pernah masuk ward dan pernah menjaga parent sakit berbulan-bulan dn kekdang dok jaga dlm wad gak berminggu-minggu... seriussssss deme ni mmg byk keje... byk report nk kena isi...sbb kalo xlengkap semua rekod dan report serta arahan doc secara bertulis yg kena buat... deme ni akan kaw2 kena marah ngan doc...
setiap jam menda wajib kena wat round satu ward amik blood pressure and suhu... pastu tulis report... dpt mcm spital kat klang tu yg satu ward tu punya ramai... byangkan camna ragamnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kena hencap dengan netizen..buruk perangai nak viral sangat.. macam La ko tak pernah take a nap..taip pun aq aq..dasar spesis rempit.. |
|
|
|
|
|
|
|
dorg oncall kan. klu xde ape2 leh je rest |
|
|
|
|
|
|
|
dia expect nurse jegil bijik mata duduk depan katil kawan dia sentiasa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa org yg kutuk nurse ni, jenis manusia tk pnah bntu org susah, tk pnah lagi cuci basuh berak mak pak dia, jenis anak emas.
|
|
|
|
|
|
|
|
siap ada fanpage lagi dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 12-10-2016 05:39 PM
biasa org yg kutuk nurse ni, jenis manusia tk pnah bntu org susah, tk pnah lagi cuci basuh berak mak ...
Kan..biadab sgt org cmnih..dh pkl 3-4 pagi, dy bajet nurse tuh buat ape?? Lyn dy n kwn dy?? Ape pnye org r cmnih..tau komplen jah |
|
|
|
|
|
|
|
Malu muka tdo kena snap. Sikit2 snap. Nama pon shift malam. Ikut biological clock mmg masa membuta kan. Dah pesakit pun cnfirm2 tdo, pe la salahnye lelap sekejap. Yg keje guard pun xdenye tercegat sampai pg |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja nurse memang penat..iols dah pernah kerja tapi klinik jerlah...bukan Hospital... |
|
|
|
|
|
|
|
netizens skg pandai menilai situasi yg mana betul, mana yang tak betul.. Netizen sekarang bukan bodoh senang di kelentong mcm dulu2 awal kmunculan socmed. Dah tau menilai mana jenis kaki putar, kaki playvictim, jenis kak hasanah.. etc.. etc...Jadi kau nak viral, pikir sepuluh kali, klu tak, nmpk lah peribadi kau yg stupid itu. taip pun aq, aq,,aq.. nmpk mcm bbnu akal x cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
Biadap org yg snap n viral...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau ingat kau sorang reti penat.. gituuuu? Lagi2 org macam kau jaga patient kt wad,penat nk melayan.
Kalau kat almari baju tu dah habis,tunggu esok pagi,radicare hantar stok baju.. rasa kau awal2 pagi tu nurse nak berlari ke radicare carik baju sepasang bagi kau?
Gerak lah dia org,dia org pun tidur2 ayam je tu.. dah tu nak melangut berborak nanti kau tuduh berborak bising2 org nak tido,nak buat kerja.. kerja dah siap.. takkan nak mengulit kau tidur pula siap dodoikan pula.. ishh tahulah dia org buat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik mungkin time tu keadaan pesakit dalam keadaan terkawal jadi mungkin dia orang rehat kejap tidur2 ayam tapi rasanya kalau dikejut atau nak tanya apa2 mesti ada yang sudi bantu |
|
|
|
|
|
|
|
Baca explaination sbnrnya ada je nurse yg berjaga..sorg nurse tu dlm bilik treatment, dua lagi nurse, demam dan sorg sengugut tapi x mc..yg viral ni nk kecoh je terlebih ni..nurse ada yg berjaga bukan nk bgthu |
|
|
|
|
|
|
| |
|