View: 7534|Reply: 31
|
‘Buat Ibu2 Yang Bersalin Demanding Nak Doktor Wanita, Sila Baca Dan Hadam ..
[Copy link]
|
|
Aku bukan doktor, aku bukan dalam bidang perubatan, aku tak kahwin lagi, jauh sekali untuk sudah beranak dan ada anak. AND THIS IS GONNA BE A LONG POST. Aku malas nak buat part2 so lump sum je terus.
Isu ni memang aku duk perhati for a few years tapi masih tak habis-habis. Isu demand nak doktor perempuan semasa menyambut kelahiran. Aku jadi geram balik bila terbaca komen kat satu FB post ni.
Isu ni biasanya dorang kaitkan dengan aurat perempuan. Kemaluan perempuan tu ditengok sesuka hati je oleh doktor lelaki yang bernafsu ni, katanya lah.
So meh aku letak definisi aurat perempuan antara :-
Perempuan & lelaki : Aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
Perempuan & perempuan : antara pusat dan lutut.
Soooooooo celah mana yang doktor perempuan ni dibolehkan untuk tengok kemaluan perempuan ni??? Tolong jawab please sebab based on their logic, i cannot brain. IMO, your point is invalid la if u want to bring up about aurat, dear ungrateful human.
Lepastu aku tengok ramai jugak perempuan yang duk tak jaga aurat masa kat wad before/after bersalin or waktu2 lain lah. Tudung tak pakai, pakai baju lengan pendek, kain batik tu duk selak2 nampak betis. Ehhhhhh aurat masa ni korang tak jaga pulak?? Bila doktor nak check bawah kau tu, kau tau pulak nak bising pasal aurat. Ehhhhhhh…..dasar manusia tak tahu malu!
Kalau korang just nak kata korang malu sebab lelaki tengok, then aku boleh terima lagi. Tapi kalau kau nak masukkan isu agama dalam hal ni, memang aku susahhhhhh nak terima.
**********
Lepastu salah sorang perempuan ni komen (aku copy paste terus sebijik2) :
“Klu jdi dkter tpi pkir psal buzy x dpt cuti la bgus ko x pyah jd dkter p la jdi chef ka? Tukng urut ka?.ssah jg mau pkir snang bkn pula pkir psal tanggungjwb.”
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH…….hipokritnya akak ni!!!!
Kau tu perempuan, apsal dulu kau sendiri tak belajar rajin-rajin so bolehla jadi doktor bersalin before nak demand macam2 ni. Ni suka suki dia nak paksa2 orang kerja busy nak mati semata-mata nak sambut orang2 yang nak beranak yang tak henti2 tu??
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH……
Siapa yang nak kerja non-stop wei. Manusia ni semua ada limit. Semua ada masalah dia sendiri. Kau dan manusia2 yg fikir camni ni memang manusia yang sangat pentingkan diri. Kau nak sesuatu benda tu tanpa fikirkan situasi sekeliling. Nak ikut kepala batu kau tu je.
Kau kalau disuruh kerja 36 hours straight pun kau taknak kan?? Ada hati nak suruh doktor pempuan ni ikut semua kemahuan kau?? Hello, kerja kat hospital ni bukan rilex macam kerja office tau. Kerja kat hospital ni memerlukan kau berfikir setiap masa untuk KESELAMATAN NYAWA manusia lain. Kita ni kalau kerja otak jenis berfikir secara mendalam secara berterusan, sejam pun dah letih tau. Ni kan lagi nak kena oncall 36 hours straight. Makan pun tak sempat. Ni bukan kerja goyang kaki main internet, tahu??
Doktor perempuan ni pun ada tanggungjawab dia terhadap keluarga dia, terhadap suami dia, terhadap mak ayah dia. Kang kalau duk kena kerah datang hospital tak kira waktu semata2 nak sambut orang beranak, dikatanya perempuan tak bertanggungjawab sebab abaikan family untuk career, kononnya.
Kalau kat kawasan pedalaman pulak, berapa kerat je doktor perempuan yang sanggup nak kerja sana. Husband doktor tu nak ikut dia ke? Kalau doktor lelaki ni okay la jugak sebab biasanya isteri memang jenis ikut suami. Takkan kau nak paksa doktor perempuan ni duduk kat pedalam tu sorang2 dia doktor perempuan. Bahaya dan meletihkan tahu tak?? Apa hak kau untuk deny hak doktor perempuan ni untuk mempunyai keluarga yang bahagia (dan bersuami)?? Kang lalau gi pedalaman, husband pulak taknak pergi or tak izinkn, macam mana?? Kalau semua suami doktor2 ni jenis faham & boleh ikut, takpelah. Kalau yang jenis tak faham??
Bercerai berai keluarga doktor tu sebab nak ikutkan kemahuan manusia2 tak reti bersyukur mcm korang ni, korang nak tanggung ke?? Korang nak pergi bela nasib doktor perempuan tu?? Sekor habuk pun manusia jenis macam korang ni takkan ada untuk bela nasib doktor tu. Sebab “tanggungjawab” katanya. *rolls eyes*
Kerja bidang sakit puan ni lain tahu tak dari bidang2 perubatan yang lain. Busynya lain ya amat. Ada reason yang kukuh kenapa seseorang doktor pempuan tu taknak masuk bidang ni. Bukan suka2. Diingatkan balik ya, MEREKA PUN ADA TANGGUNGJAWAB MEREKA TERHADAP KELUARGA MEREKA SENDIRI, BUKAN KORANG PESAKIT NI JE.
Ada otak tu tolong fikir lebih sikit. Fikir pasal situasi orang lain. Bukan situasi kau je, manusia yang tak reti bersyukur.
*******
Ni analisa aku sendiri untuk manusia yang jenis kaki complaint nak doktor perempuan tak kira masa :
Manusia2 yang complaint macam ni kalau yang lelaki mostly biasanya jenis nak isteri layan dia macam raja, masakkan untuk dia, kemas rumah, jaga anak untuk dia. Dia sebagai suami tahu nak goyang telor je. Ehhhhh kenapa tak suruh bini kau tu jadi doktor je, pergi sambut mak2 yang nak terberanak dah kat spital tu. Pergi suruh anak pempuan kau pergi spital tu jd doktor bersalin. Nanti kalau anak perempuan kau tu tak sempat nak melawat, nak balik time raya, sebab busy sambut orang beranak, kau jangan nak merajuk meroyan pulak. Kau yang nak sangat ramai doktor perempuan kan???
Kalau pengomplen yang perempuan pulak kebanyakkannya jenis suka duk umah, main dengan anak2, nak masak lah, nak have quality time dengan family la katanya. Ehhhhhh pergilah jadi doktor bersalin ke bidan ke kat spital tuh. Buat apa kat duk kat rumah tu. Kata nak meramaikan doktor perempuan kan? Kau ni perempuan kan? Pergi la jdi doktor! Ke kau ni pondan??
Hey, dasar manusia tak tahu malu!! Pandai complaint silalah pandai menyumbang juga. Bukannya complaint semata-mata.
Kalau ada anak perempuan tu sila suruh dorang belajar rajin2 then jadi doktor bersalin tak pun bidan. Bukan jadi chef ke, jadi penyanyi sendu ke, jadi minah rempit ke. Pergi jadi doktor nuh. Jangan dok salahkan orang lain kalau kau sendiri takde usaha nak mengimarahkan doktor2 perempuan bidang O&G kat Malaysia nih. Kau tu yang pemalas dan bangang.
Kau ingat doktor2 ni nak ke tengok kemaluan perempuan yang terkoyak2 masa beranak tu? Kau ingat kemaluan kau tu cantik sangat ke masa dok beranak untuk lelaki2 ni nak rasa bernafsu bila tengok? Kau ingat seronok sangt doktor2 ni nak tengok kau terberak terkencing masa kau beranak tu?? Ehhhhhh dasar tak sedar diri.
************
Bila orang kata “buatlah savings untuk bawak bini beranak kat hospital swasta then boleh demand doktor perempuan”, kau kata “bukan semua mampu. Kerajaan la patut sedia doktor pempuan kat hospital gomen”.
Pastu duk compare dengan negara luar yang sediakan doktor perempuan la apa la. Eh, korang ni tahu tak kos hospital untuk dorang demand doktor pempuan tu?? Korang tahu tak berapa medical insurance dorang bayar tiap2 bulan for them to be able to demand whatever they want during labour?? Memang la ada negara yang bagi free medical care, but not all countries and not as manu countries pun macam yang korang duk kepoh2 tu. Kos perubatan dorang tu kebanyakannya jauh lagi mahal dari kos perubatan kat hospital goverment kat malaysia ni tahu tak?? Ada certain yang kalau korang takde medical insurance, jangan harap dorang nak treat korang kat hospital dorang tu. Cakap tu kaji dulu, bukan main compare macam tu je.
Bila orang suruh sambut sendiri bini kau beranak, kau kata “aku tak reti. Kerajaan la kena sediakan doktor pempuan!” (Btw aku bukan pro-gomen, ok. Aku just ulang apa yg orang cakap je dan hakikat sebenar).
Macam-macam lah alasan kau! Dasar manusia tak reti bersyukur.
************
Pastu duk kata “Malaysia ni tak darurat lagi. Apa yang buat jd masalah utk hospital gomen ni nak sediakan doktor pempuan??”
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH engkau ni.
Waktu beranak tu dah dikira darurat la, manusia yang tak bersyukur!! Kau ingat darurat ni bila perang je ke?? Bila semua doktor pempuan dah mati ke?? Ceteknya akal korang ni.
Kau ingat orang nak beranak ni boleh tunggu seminit dua ke?? Lambat few seconds pun boleh bahayakan nyawa ibu dan anak tu. Kalau dah masa MEMANG TAKDE DOKTOR PEREMPUAN YANG LAYAK UNTUK SAMBUT BABY TU, terpaksa la doktor lelaki datang attend. Takkan kau nak tarik doktor2 yang duk tengah check bahagian hospital yg lain tu utk sambut anak kau. Satu2 institusi pekerjaan ni kenalah ada sistem. Paham takkkkk???? Bukannya main tarik doktor mana2 tetiba je. Ni nak selamatkan nyawa orang, bukannya macam nak panggil gamer replacement untuk team main dota (ni contoh je. Aku tak main dota).
*********
So, kalau korang ni jenis manusia yang kaki complaint je, tapi tak reti nak menyumbang apa2 kepada kemaslahatan manusia sejagat, duk diam2. Korang tak layak nak demand benda2 macam nak doktor perempuan ni. Aku ulang, KORANG TAK LAYAK NAK DEMAND DOKTOR PEREMPUAN IKUT SUKA HATI KORANG NAK.
Thanks kepada sape2 yang boleh habiskan long post aku ni. Akhirnya lepas jugak geram aku. Maaf kalau bahasa aku agak kasar masa menulis, tapi cuma bagi aku manusia2 yang pentingkan diri ni tak layak untuk membiak kat dunia ni. Hidup menyusahkan. Kecik-kecik taknak mampos, besar-besar menyusahkan orang.
Diharapkan post aku ni kalau ada yang nak komen sila komen dan discuss secara berilmiah, bukan ikut kepala sendiri je. Aku suka baca komen2 yang mendatangkan ilmu (walaupun post aku ni maybe takdelah sebar ilmu sangat).
Dan aku nak ingatkan, bersyukurlah yang still ada manusia nak sambut baby kau masa kau beranak or masa bini kau beranak or ada doktor nak rawat kau bila kau sakit. Aku nak minta korang fikir ni, mana lagi penting, aurat atau nyawa dihujung tanduk?
Thanks!.
|
|
|
|
|
|
|
|
japgi aku sambung baca. baru baca sampai perenggan 2.
tu pun dah berpinor |
|
|
|
|
|
|
|
panjang bebenor akak ni meroyan
mzz baca sekerat ja and setuju juga lah
ko bertarung nyawa nak beranak, and nyawa anak ko pun menjadi pertaruhan juga..lagi mau banyak songeh
|
|
|
|
|
|
|
|
panjagn giler
sapa2 leh tlg buat cerita pendek
aku dh lama ja hadam benda ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih baca n skip2. Kesimpulannya, mudahkan, jgn susahkan . Hati pon tenang |
|
|
|
|
|
|
|
nak betul dokter pompuan yang attend kenala prepare awal2,..survey sepital mane yg ade female gynae.
pelik betul,dah sakit nak beranak bole pulak demand itu ini, |
|
|
|
|
|
|
|
belum kawin dah pandai meroyan...tahniah dikk...kipidapp...bluekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yang tulis post ni ha?
best betul baca... aku setuju semua point2 dia...
betul dia cakap, saper2 yang banyak songeh sila meninggal... eh.. sila dok diam2... doc2 dah banyak berkorban tenaga masa untuk kaki2 komplen ni lagi mau banyak songeh... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg kita expect to be given, kita kenalah ready to give.
Nak ramai doktor perempuan, korbankanlah diri sendiri study, atau galakkan anak2/sedara sendiri utk study.
Tbh aku mmg sangat setuju yg tau komplen lebih2 ni diri dia sendiri pun nan hado.
Bak kata penulis, lelaki yg ckp psl doktor perempuan ni, dialah yg nak isteri duk rumah melayan dia.
Perempuan yg suh doktor berkorban masa dan tenaga layan patients, dialah gamaknya time kerja ngulor, nak balik awal saja. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu kan mana boleh di komplen...
Ikut je jgn banyak songeh.....per2 pon redha jer.. sm gak ngan mamat meroyan ni.. sentap tiba2..
Gtulah sebenarnya... xboleh ditegur..
Apa salahnya nak galakkan lebih ramai doktor wanita di labour room.. tu kan jugak tanggungjawab sosial kerajaan.. byk program boleh buat..utk mudahkan n galakkan doktor pompuan jadi pakar bahgain sakit puan.. buat shift yg elok skit utk dorg..mudahkan kerja dorg....bagila beberapa kelebihan utk galkkan ramai doktor pompuan jd pakar bahgain tu.. nak dgn xnak je gomen ni pon.. buat taman juta2 boleh pulak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih baca dari awal sampai habis..tp memang setuju dgan point2 dia..menyampah sgt dgn mak2 yg meroyan demand nk doc prempuan sambut deliver atas alasan aurat,walhal dalam wad aurat xjaga pon..kat luar pon pakai tshirt lengan senteng,jeans ketat melekap...peliss la |
|
|
|
|
|
|
|
memula gigih gak la aku baca..
lama-lama skip sikit.. skip banyak.. terus tengok hujung..
valid la point dia tu..
ada pernah kawan cerita, dia laki doktor bersalin..
dia kata bukan boleh ingat pun pepet orang tu macam mana pepet orang ni macam mana..
yang penting nak sambut dan selamatkan baby jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pointnya jangan banyak songeh dah ada orang nak bantu tu berterima kasih le dengannya |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg setuju sgt2..banyak cekadak sgt kan..aku x kisah doc apa pon lah janji selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kawan aku ni nurse, masa dia beranak, bos dia yg doktor laki tlg sambut. |
|
|
|
|
|
|
|
iol setuju utk semua point2 diatas. Yg suke demand, pegi mampus! |
|
|
|
|
|
|
|
selalu yang demand tu memang jenis ambik kire hal malu dengan aurat.. lebih kepada malu rasenye..
yang duk terselak nampak betis tu maybe golongan yang tak demand tapi sebab ade yang demand die pulak terbabit..
Ni dari Ai punye pengalaman sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Kekkekeee...
Laki yg mroyan nk doc ppuan smbut tu xdak duit la plk nk reiki hsptl swasta gitewww...
Masuk akai gak... aurat ppuan & ppuan tu pusat ke lutut... hhahahhaaa... jantan ke ppuan punya doc ker... sma gakkk...
Ada ker doc jantan naik syetim msa trima klahiran bby???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|