CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5775|Reply: 26

Ayah Contoh! Tangkap Anak Yang Sedang Berurusan Dengan Tokan Dadah Di Pasaraya

[Copy link]
Post time 28-10-2016 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Dadah adalah masalah sejagat yang paling rumit dan dilihat semakin sukar dibanteras. Kesannya sangat membimbangkan kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang daripada segi fizikal, mental emosi serta tingkah-laku.


Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat kerana disokong oleh permintaan yang tinggi. Berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah.


Bercerita mengenai najis dadah, semalam terjadi satu kekecohan di sebuah pasaraya Mydin Mall Kuala Terengganu. Dalam video berdurasi 3 minit itu, seorang warga emas telah datang sendiri menangkap tokan dadah ketika berurusan dengan anaknya.


Sejurus warga emas itu merampas dan mengeluarkan dadah jenis Syabu dari beg tokan dadah tersebut, berlaku pergelutan kerana tokan dadah sudah mula "naik angin'.





Kebetulan pula ketika itu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) juga sedang membuat kempen anti dadah dan pameran di tempat kejadian. Dengan pantas, anak warga emas dan tokan dadah tersebut terus diberkas.


"erangi najis dadah!...perangi najis dadah! laung warga emas itu diikuti oleh orang ramai dengan penuh semangat.


Rupa-rupanya kejadian ini hanyalah lakonan (FLASH MOB) semata-mata, namun mesej yang ingin disampaikan adalah sikap tegas warga emas ini seharusnya dimiliki oleh semua ibu bapa sekiranya anak terjerumus ke dalam kancah najis dadah.


BERSAMA KITA PERANGI NAJIS DADAH MUSUH NOMBOR 1 NEGARA! - CARI











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 12:09 PM | Show all posts
puihh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:15 PM | Show all posts
dengan tekun aku baca. baru nak puji...


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:21 PM | Show all posts
lorrr..........ingatkan betuii....
mau kena tembak dgn tokan dadah pakcik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ciss baru nak puji
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh bodoh bodoh phuuiiii!!!! :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah gak baca parent yg sanggup hantat anak ke pusat  pemulihan,serenti,penjara utk menjadi lebih baik.Tapi 98% lagi rela sorokkan..

Ehh pentipu berita ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:12 PM | Show all posts
loh ingatkan    real
lakonan je ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 02:43 PM | Show all posts
cis.patut la aku pelik.. kebabian apakah jual dadah dalam supermarket yang ada cctv
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:44 PM | Show all posts
Got me good
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:58 PM | Show all posts
zameyla replied at 28-10-2016 12:21 PM
lorrr..........ingatkan betuii....
mau kena tembak dgn tokan dadah pakcik tu...

kalau betul mau kena kacau pakcik tu dgn gang-gang tokan .. sekarang ni bkn betul kerana dendam ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:34 PM | Show all posts
baru tertengok video dia tadi
rasa kagum sat kat pakcik tu
rupanya 'flash mob'..
tapi apa2 pun, kita amik dari sudut positif saje la ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:42 PM | Show all posts
cheh....cerita bukan main suspen..
rupanya wayang semata2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:45 PM | Show all posts
Berlakun boleh le kalau real situation mesti lain jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 03:47 PM | Show all posts
seperti biasa, versi sewel malayakita

https://www.youtube.com/watch?v=Lcvp-vYgQhI

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul punya story, apaknya akn siap tulon beli dan kaberline anak. Habis2 sgtlah oh anakku Sazeli klau sedari dulu aq tahu ko nk mereput isap dadah aq lenyek2 kepala hg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2016 04:47 PM | Show all posts
tu la takkan tokan nk berurus niaga di tempat awam
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 08:01 PM | Show all posts
keh333..mati2 igt kes btul.last2 iols kene tipu ngan ayahanda jaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 06:55 AM | Show all posts
hakak ingatkan betul2 rupanya propa aje choiii sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 09:03 AM | Show all posts
lahanat betol...baru je nak bergembira puuuiiiiiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.359041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list