Edited by mbhcsf at 9-1-2017 11:50 PM
Assalamualaikum,
Please find attached.
AL-KAFI #446 : HUKUM BERTATU SOALAN: Assalamulaikum wbt, Apakah hukum bertatu dan jika sudah ada tatu adakah wajib menghilangkannya? JAWAPAN : Waalaikumussalam wbt,
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله Tatu ialah suatu tanda pada anggota badan yang dibuat dengan cara melarik, mencucuk dan memasukkan warna. Menurut takrif Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, bahawa tatu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang tapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur hidup sehingga menjadi hijau (atau warna-warna lain.) Perbuatan melakukan tatu dilaknat Allah Taala dan Rasullullah ﷺ. Ia adalah haram ke atas orang yang meminta dibuatkan tatu atau pembuat tatu dan ia tergolong dalam dalam dosa-dosa besar.
Nabi ﷺ bersabda: Diriwayatkan daripada Ibn Umar R.anhuma: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ Maksudnya: “Bahasa sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan dan yang mencucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu”. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5937) dan Imam Muslim (no. 2124) dalam al-Sahih mereka. Hukum tatu ditubuh badan adakah wajib dihilangkan
Perkara ini memerlukan kepada beberapa perincian hukum seperti berikut: 1) Orang mukallaf yang bertatu dengan kehendak dan kerelaannya. Jika ia tidak dapat menghilangkan tatu itu dengan kaedah perubatan atau pembedahan walaupun menurut doktor ia mendatangkan mudarat seperti hilang anggota badan atau fungsinya atau keadaan anggota zahirnya menjadi buruk tetapi ia tidak takut akan mudarat tersebut, maka wajib ia menghilangkan tatu itu. Walaubagaimanapun, jika ia takut akan mudarat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan ia tidak dikira berdosa setelah bertaubat. 2) Orang yang tidak ditaklifkan ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila. Jika seseorang golongan ini bertatu maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut. 3) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan ia menghilangkan tatu di tubuh badannya. 4) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dalam keadaan ia kafir lalu memeluk Islam maka wajib ia menghilangkan tatu tersebut. Adapun berkenaan soalan saudara, hukum menghilangkan tatu perlulah merujuk kepada beberapa perincian yang telah diterangkan tadi. Kesimpulannya, perkara ini perlulah di ambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang bahkan dilaknat Allah Taala dan Rasul ﷺ . Mereka yang dilaknat akan berada jauh daripada rahmat Allah dan jauh daripada segala kebaikan. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan mereka yang mendapat rahmat Allah Taala. والله أعلم وأحكم sumber asal : https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/810207902452524/?type=3&theater
|