Sumber Foto: IG Mia Ahmad
Percintaan Mia Ahmad dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan nampaknya akan berakhir dengan episod bahagia kerana dijangka akan berkahwin Januari tahun depan.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Izham memberi masa dua tahun kepada bakal isterinya itu sama ada mahu terus bergelar pelakon atau sebaliknya.
Sumber Foto: IG Izham Tarmizi
“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama, tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan dia serta-merta tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa, dia kena fikir mana patut, mana tak,” katanya kepada mStar Online.
Sumber Foto: IG Mia Ahmad
Namun Mohd Izham,25 berkata yang dia tiada hak untuk menyekat kerana semasa mengenalinya, Mia sudah pun bergelar seorang selebriti.
Izham menambah, “Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia tu (hiburan).”
Apa-apa pun nanti selepas berkahwin, bincanglah elok-elok dan diharap keputusan yang dibuat akan membawa kepada kebaikan bersama ya. -CARI
Sumber Foto: IG Mia Ahmad
Sumber Foto: IG Izham Tarmizi
|