Foto: Harian Metro Online
Pelajar perempuan yang putus dua kakinya selepas digilis lori berdekatan Sungai Panjang, Sabak Bernam Januari lalu kini aktif melibatkan diri dalam sukan paralimpik.
Siti Nuraisyah Sahrin atau mesra dipanggil Ecah baru sahaja memperoleh pingat perak dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan dirinya untuk menerima tawaran bersekolah dan menjalani latihan di pusat tersebut.
“Saya akan fikirkan dulu dan bincang bersama emak dan ayah. Selepas mengikuti pertandingan ini, saya semakin bersemangat untuk berlatih,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pertandingan tersebut, Ecah menyertai kategori wanita 50 kilogram (kg) dan berjaya melepasi angkatan 37kg selain menjadi peserta termuda serta wakil tunggal Selangor. -CARI |