View: 41486|Reply: 8
|
[Tempatan]
Kehadiran ramai rakyat Malaysia 'hidupkan' pusat hiburan di Golok
[Copy link]
|
|
Kehadiran ramai rakyat Malaysia 'hidupkan' pusat hiburan di Golok
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - November 10, 2024 @ 11:33am
Tinjauan di beberapa premis kelab malam di pekan Golok mendapati dibuka seawal jam 8 malam. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Sekitar 40 pusat hiburan yang ada di pekan Golok selama ini 'dihidupkan' dengan kedatangan rakyat Malaysia terutama pada hujung minggu yang sebahagian besarnya dipercayai dari Kelantan.
Tiga daripada pusat hiburan berdaftar dengan pihak berkuasa beroperasi di hotel, manakala yang lain di premis rumah kedai di pekan sempadan itu.
Ahli Parlimen Wilayah Narathiwat Kawasan Dua Sungai Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof, berkata kebanyakan rakyat Malaysia memilih kelab malam yang beroperasi di hotel kerana ia lebih selesa.
"Di sini (Golok) memang banyak premis hiburan dan sebab itu ia turut menjadi tarikan kepada rakyat Kelantan. Memang kita akui ramai rakyat Kelantan datang di sini dengan satu daripada tujuannya untuk berhibur.
"Namun ada juga yang berkunjung di sini untuk makan-makan sahaja. Datang berhibur pula bukan semestinya mereka membuat salah dengan mengambil dadah sebaliknya sekadar berhibur semata-mata," katanya ketika ditemui BH di sini.
Beliau berkata, susulan tangkapan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir darat moden Jumaat lalu, termasuk rampasan 6,000 biji pil kuda, pihak berkuasa mengadakan operasi bersepadu di semua premis hiburan dan kelab malam yang berdaftar pada malam Khamis lalu.
"Operasi itu bertujuan memberi peringatan kepada semua pemilik premis supaya tidak membenarkan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kelab malam terbabit.
Lesen kelab digantung jika ada rampasan dadah
"Kita juga memberi amaran sekiranya terdapat rampasan dadah dalam kelab malam, lesen operasi mereka akan digantung selama lima tahun.
"Di sini, memang ada perkara yang baik dan tidak baik. Jangan kerana seorang yang berbuat tidak baik, semua dikatakan tidak baik sehingga mampu menjejaskan ekonomi di sini.
"Malah, isu tangkapan rakyat Malaysia bukan perkara baru sebaliknya sudah banyak. Cuma kali ini menjadi perhatian disebabkan salah seorangnya adalah penyanyi," katanya.
Kelab malam agak lengang selepas 6 warga Malaysia ditahan
Tinjauan mendapati sejak beberapa hari lalu selepas operasi itu, kelab malam di sini sedikit lengang berbanding sebelum ini sehingga terpaksa beratur.
Tinjauan juga mendapati seawal jam 8 malam, ramai anak muda dipercayai dari Kelantan berdasarkan dialek perbualan mereka, tiba untuk berhibur dengan kebanyakan mereka menggunakan khidmat motosikal tambang.
Sebelum ini terpaksa tunggu giliran masuk kelab malam
Tiada pemeriksaan dilakukan untuk masuk ke kelab malam terbabit sebaliknya hanya dilihat membuat bayaran di kaunter sebelum masuk ke premis berkenaan.
Sebelum operasi penahanan enam rakyat Malaysia, sesetengah kelab malam di sini terpaksa menggilirkan kemasukan pelanggan kerana terlalu ramai selain ruang yang terhad di dalamnya.
Bagaimanapun, situasi pelanggan terpaksa menunggu 'syif' untuk masuk ke kelab malam tidak kelihatan berikutan pengunjung jauh berkurangan berbanding sebelum ini.
Malah, seorang pekerja kelab malam di sebuah hotel itu turut memaklumkan operasi bersepadu pihak berkuasa Thailand malam kelmarin menyebabkan kunjungan pengunjung semakin berkurangan.
Malam minggu 80 peratus pengunjung warga Malaysia
Hari minggu mencatatkan kedatangan pelanggan yang didakwa 80 peratus rakyat Malaysia paling ramai.
"Sekiranya mereka tidak datang, sudah lama premis hiburan di sini tutup tidak kiralah premis luar atau dalam hotel. Bagaimanapun rakyat Malaysia banyak datang pada hari minggu.
"Memang betul sehingga ada yang terpaksa beratur untuk memasuki pusat hiburan namun sejak tangkapan enam rakyat Malaysia, kunjungan sedikit terjejas," katanya.
Beliau berkata, mengikut undang-undang, pengunjung berusia 18 ke atas sahaja dibenarkan masuk ke kelab malam, namun pihaknya tidak membuat pemeriksaan usia secara terperinci serta memberi kebebasan.
"Waktu kemuncak kelab malam adalah jam 12 tengah malam sehingga jam 3 pagi," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa Malaysia boleh kalah dari GOLOK di Thailand itu ....
Mengapa X segera buat dan beri lesen agar boleh buka Klab Malam dengan fasilitas ++ di Kota Bharu Kelantan agar mereka X lagi tertarik pergi ke Golok ...
Soal Halal dan Haram ... bukankah nanti boleh dikompromikan dengan ustaz atau ulama dan PAS asalkan sudah disiapkan wangnya untuk itu ....Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Klau ikut logik depa yg masuk ni golongan minoriti geng tolak pas nakkan hiburan je..klau geng pas yg masuk dah tentu kat kelantan dh ada kelab2 malam buat apa p golok sana |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Msia ke.. rakyat sskjp undi parti bulei..maju bersamo islei menate apo klu masoaloh hok 30thn xleh selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Kelantan ada dikir barat jer
tapi kat Siam ada Tiger Show, lagi exciting tengok tiger langsing langsing....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anyway, kenapa Kelantan nak bitter, kata biar orang buat maksiat luar negeri kelantan kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kecik penat2 blaja Pendidikan Islam siap masuk SAR.
Ujung2 berhibur di Kelab Malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun Melawat Kelantan apa dah jadik….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|