Jika suatu ketika dahulu, bila sebut mengenai tandas awam pasti ramai yang membayangkan suatu tempat yang kotor dan jijik. Mana tidaknya, tengah terkejar-kejar hendak melepaskan hajat tiba-tiba buka pintu tandas ternampak najis tidak bertuan ditinggalkan di dalam mangkuk tandas.
Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup menahan hajat dari membuang air di tandas awam kerana mungkin sudah trauma dengan situasi di atas.
Namun kini rakyat Malaysia sudah mampu menarik nafas lega kerana kebersihan tandas awam di negara kita sudah ditahap memuaskan. Ini semua adalah hasil pembudayaan tandas bersih oleh semua pengguna yang mula sedar tentang penjagaan kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
Kalau anda perasan, sekarang ini semakin banyak tandas awam terutamanya di pusat beli-belah mula mengikut rekabentuk tandas barat/moden. Memang diakui cantik dan bersih, siap ada penghawa dingin dan alunan muzik lagi. Tetapi agak menghampakan apabila ramai pengguna Muslim yang merupakan penduduk majoriti di negara ini mula mengadu mengalami kesukaran untuk beristinjak kerana terdapat tandas moden tidak disediakan paip air.
Ini adalah antara rungutan pengguna tandas awam yang menjadi tular di media sosial sejak akhir-akhir ini. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Sumber : carigold.com
Masalah tandas awam tidak mempunyai paip air/paip getah yang diutarakan oleh netizen tidak boleh dipandang ringan memandangkan pengguna tandas awam di negara ini majoritinya adalah pengguna muslim.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan menetapkan spesifikasi khas iaitu setiap tandas awam di seluruh negara wajib mempunyai paip getah. - CARI
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Adakali bidet kuat sangat air dia..selalu kena mcm ni...nak citer pasai bidet ni, one time my relative ni pi lah guna toilet kat airport kalau tak silap,dia ni mmg jenis tak keluar dari kampung punye org..temankan dia masuk tandas, dan tunjuk dia cara guna bidet tu, tandas duduk,,,so aku tunggu kat tandas tu , sekali aku tgk ada air terpancut dari tandas yg relative aku guna ni...opocot jerit dia..Ku tahankan diri dari ketawa.....tak taulah kalau jiran sebelah dia tu terkena air tu ke tidak..
Keluar je dia, muka terkulat2 gitu..mesti basah seluar dia...
Post time 27-12-2016 01:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku lg suka toilet guna bidet dari paip ni. Sebab lebih bersih n tak geli. Lagipun rakyat malaysia ni ramai yg tak reti guna getah paip tu.. nak kutip getah paip yg dah jatuh ke lantai tu, kotor kot. Aku gi public toilet mmg bawak air dlm botol mineral tu n wet tissue..
Solution lagi bagus, caj je semua toilet harga cam premium toilet KLCC tu..confirm bersih
tapi aku perati bila toilet yg ada bidet tu, seat dia x kotor bekas kena pijak dgn selipar. bermakna ummah pprt x masuk toilet pakai bidet ni, ataupun pandai pulak dorg tune in duduk elok2 bila kena pakai bidet. sbb tu lah kot ada mall yg dulu toilet pakai paip dgn hose skrg dh upgrade tukar ke bidet
kalu bidet air kuat sgt selalu tersembur smpi ke pintu tmpt kita gantung seluar. aku terpikir kalu sblm tersembur ke pintu air tu dh mencecah bontot bekas berak dulu mcm mana.. pastu kita masuk nk sangkut beg or seluar kt pintu yg basah tu..