Mungkin tak sanggup memikul tekanan hidup, seorang wanita berusia 48 tahun bertindak mahu membunuh diri! Tindakannya itu bagaimanapun dapat dihalang apabila dia berjaya dipujuk teman lelaki daripada terjun dari tingkat 19 sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Kejadian berlaku di Pertama Residency, Taman Kobena kira-kira jam 3.37 petang semalam.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu, namun gagal memujuk wanita itu supaya tidak membunuh diri.
Foto: Twitter Bomba
Menurut Astro Awani, anggota bomba kemudiannya bertindak melakukan persediaan dan penyelamatan tali di atas bangunan selain memasang peralatan ‘air cushion’ di bawah bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, tidak lama kemudian teman lelakinya berjaya memujuk dan menyelamatkan wanita terbabit. - CARI
|