Mi segera? Ramai yang menggilai makanan segera itu terutama kerana ia boleh diolah dalam pelbagai cara untuk menjadikannya lebih menarik dan enak dinikmati.
Foto: FriedChillies
Walaupun menjadi kegilaan ramai, namun tetap ada yang khuatir dengan kandungan zat di dalam mi segera. Ada juga yang sanggup membuang air rebusan mi, kemudian menggunakan air baru bagi membuat kuahnya.
Ini kerana kita mengetahui bahawa mi segera dilapisi dengan lilin bagi menghalangnya dari melekat selain nampak lebih cantik dan teksturnya lebih kenyal. Tetapi betulkah air rebusan mi yang mengandungi kandungan lilin boleh meracuni tubuh?
Menurut portal Dream.co, seorang pakar zat makanan dari Persatuan Ahli Gizi Indonesia (PERSAGI), Dr Marudut bagaimanapun berkata anggapan itu tidak benar.
Foto: Health Liputan6.com
"Air rebusan itu sebenarnya bagus kerana mengandungi pelbagai zat makanan seperti zink, folik asid, Vitamin B1 dan B2," katanya.
Marudut juga menyarankan untuk tidak memakan mi segera begitu sahaja, sebaiknya tambahlah telur, sayuran atau hirisan ayam supaya sajian menjadi lebih sihat dan berkhasiat.
Tahu atau tidak kebaikan dan keburukan mi segera, orang ramai tetap menyukainya terutama mi Maggie kari. Memang mengancam! - CARI |