Hati siapa yang tidak tertawan melihat kejelitaan Miranda Kerr, 33 dan tidak hairanlah CEO Snapchat, Evan Spiegel, 26 jatuh hati padanya.
Walaupun berbeza umur selama tujuh tahun, namun ianya bukan penghalang bagi mereka untuk berkasihan.
Lama tidak mendengar tentang perkembangannya namun baru-baru ini Miranda mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak.
Foto: www.usmagazine.com
Hampir dua tahun menyulam cinta, rupa-rupanya Miranda dan Evan tidak pernah langsung melakukan hubungan seks.
"Belum. Kami tidak akan melakukannya sampai kami bernikah. Tunang saya agak kolot,dan kami menunggu masa yang sesuai tiba," ujar Miranda pada The Times.
Di Hollywood, perkara ini kedengaran agak janggal kerana kebanyakan orang Barat biasanya sudah melakukan hubungan seks sejak usia mereka masih remaja lagi.
Foto: www.independent.co.uk
Bekas isteri kepada Orlando Bloom ini sebelumnya telah mengumumkan pertunangannya dengan Evan melalui Instagram.
Bahkan, Evan juga sangat rapat dengan anak Miranda iaitu, Flynn Bloom.
Foto: IG Mirandakerr
Cantik dan kacak, pasangan ini memang sangat serasi bersama. Bagaimana pendapat anda? -CARI |