CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3775|Reply: 41

Menipu & Cuba Buang Bayi Sendiri, Remaja Perempuan Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 1-3-2017 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Kelmarin, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun ditahan polis kerana dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang rumahnya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor.


Memetik laporan The Star, ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, remaja itu dikatakan menipu dengan mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi.


"Hasil siasatan mendapati remaja itu yang merupakan anak perempuan pemilik rumah berada dalam keadaan mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan."


Bagaimanapun akhirnya remaja itu mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada pukul 6.45 pagi dan adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya.


Kemudian polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun iaitu teman lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.


Remaja perempuan itu kini dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.


Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.- CARI

sumber foto : The Star

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 03:39 PM | Show all posts
camana la beranak sendiri...tgk besar gak baby ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:40 PM | Show all posts
Aduhaii. Kesiannya baby menjadi mangsa   Tapi cmne lah mak pak ni tak pasan anak pompuan dorg nandongg. Pandai tul kaberline perut ehh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:43 PM | Show all posts
Nampak sihat bayinya. Kenapalah tergamak kau buang dek? Tak belajar daripada kesilapan mereka-mereka yang terdahulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:59 PM | Show all posts
Baru lepas bersalin kot.. adehh..kuat ko yer dek nak berdrama pon
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 03:59 PM | Show all posts
bfnya bawah umur..
adakah budak pompuan ni akan di charge merogol?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2017 04:07 PM | Show all posts
Ewwwww taste sangat kat jenjans underage.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:08 PM | Show all posts
kesian baby..selamat sempat rescue
bodoh kan kau dik..mentang-mentang kau beranak senang
lepas ni mohon jahit  vajayjay tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 04:08 PM | Show all posts
Senang je bersalin ye, 9 bulan mengandung tak kan sorang pun family members tak perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:18 PM | Show all posts
rasanya orgtua dia tak duduk kat umah tu....dia dduk bujang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:21 PM | Show all posts
alahaiii..putih gebusss kenapa dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:26 PM | Show all posts
panjang lagi umo baby nya...

nasib tak dibunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan mengandung ni lagi lasak ko lagi mudah bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:36 PM | Show all posts
bodo nk menipu pun agak2 la..jadah org lain nk buang baby gi gantung kt jeriji tingkap bilik ko..kalu gantung kt pintu pagar rumah pun logik lagi. harap bodo tu xmenurun ke anak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:39 PM | Show all posts
eloklah dik kau tak pandai menipu polis sekurangnya baby tu selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2017 04:41 PM | Show all posts
Alahai..akak ni punyala berdoa hari2 mohon dikurniakan rezeki anak..Yang ko ni dikk senang2 ade anak ko boleh nak buang camtu je..

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni semalam ckp jumpa bayi.: padahal anak sendri:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak buang bayi. Dia cuma takut so dia reka cerita dia jumpa bayi yg dibuang.padahal tu bayi dia. Dia takut...tak tahu nak buat macamana...so menipu kata jumpa bayi...bukan kejam cuma tersalah pilihan dlm hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan umur lebih 16 so bukan kes rogol sabit kes buang bayi shj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.393363 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list