|
Siapa yang tidak rasa tertipu dan juga kalau boleh nak mengamuk bila barang yang dipesan secara online hanyalah palsu belaka.
Lebih-lebih barangan yang dipesan itu telah dibayar dengan harga beribu-ribu ringgit harganya. Kejadian yang satu ini benar-benar 'mengajar' seorang lelaki, Max Hoang Trinh agar tidak sesekali mempercayai belian secara atas talian ataupun online.
Tertarik dengan tawaran luar biasa ke atas sepasang kasut edisi terhad Adidas Yeezy 350 Boost Turtle Dove, Max sanggup mengeluarkan sehingga $750 bersamaan RM3,322. Ya,lah harga ribu-riban sudah pastinya original, kan?
Kasut berkenaan merupakan barangan terpakai atau pre-loved yang sememangnya menjadi trend pada waktu ini, bila ramai menjual barangan yang mereka tidak mahu lagi.
Max bagaimanapun berasa sangat terkejut apabila mendapat parcel yang dipesan. Bukannya kasut Adidas yang didapatinya, sebaliknya satu rekaan kasut persis kasut bayi yang diperoleh. Pendek kata, memang lain sangat!
Dia yang berkongsi gambar tersebut di laman sosial, memang nampak agak melucukan dengan barangan yang diterima itu kerana begitu berbeza dan nampak seperti rekaan palsu yang sangat bodoh!
Yang sama adalah warnanya sahaja, selebihnya memang menyakitkan hati bagi sesiapa yang terkena.
"Saya tidak akan percaya dengan penjual online lagi."
Pun begitu, di bahagian komen, ada netizen yang berseloroh,
"Kasut awak nampak comel, adakah ia versi bayi punya?"
"Description pada kasut itu ialah 'Turtle Dove' dan penjual itu tidak menipu, ia betul-betul nampak macam penyu."
Foto: Max Hoang Trinh FB
Kesimpulannya, jangan mudah percaya dengan tawaran harga yang begitu tidak masuk akal di internet. Laman World of Buzz mendedahkan, kasut pre-loved untuk Adidas itu yang original sebenarnya boleh mencecah sehingga $2,000 bersamaan RM8,860.
Jangan hanya kerana mengejar jenama, habis duit melayang dan barangan yang diterima pula palsu dan hodoh! - CARI |
|